More
    Home Sarawak Samarahan Masalah limpahan air masin akan selesai selepas siapnya projek benteng laut

    Masalah limpahan air masin akan selesai selepas siapnya projek benteng laut

    SEBUYAU, 06 DISEMBER 2020 (SNN) : Masalah limpahan air masin laut yang sering berlaku ketika fenomena air pasang besar di kawasan Kampung Sebangan hingga ke Sebuyau akan selesai selepas siapnya projek pembinaan benteng laut di sepanjang kawasan itu.

    Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi semasa lawatan ke tapak projek itu beliau menjelaskan projek yang menelan kos sebanyak RM53.5 juta itu akan mengatasi masalah limpahan air masin yang sering berlaku setiap tahuan ketika musim air pasang besar.

    “Skop projek pembinaan benteng sepanjang 4.3 Kilometer itu diperuntukan dana oleh kerajaan negeri Sarawak melalui Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) yang dijangka siap pada penghujung tahun 2022,” katanya.

    Ujar beliau, diharapkan nanti agar kontraktor yang telah dipilih melalui tender terbuka melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak dapat melaksanakan projek berkenaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

    Sekitar lawatan kerja ke tapak projek oleh ADUN Sebuyau selepas lawatan projek yang sama di Kg Baru Samarahan

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penganjuran Bazar Ramadan Uptown Desa Ilmu kali ini berkonsepkan ‘Green Market’

    0
    KOTA SAMARAHAN, 03 MAC 2025: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) dengan kerjasama Persatuan Penjaja Uptown Desa Ilmu pada tahun ini menganjurkan Bazar Ramadan Uptown...