More
    Home Malaysia Mangsa banjir ribut di Kampung Tebelu mendapat perhatian dan sumbangan dari ADUN...

    Mangsa banjir ribut di Kampung Tebelu mendapat perhatian dan sumbangan dari ADUN Sebuyau

    SEBUYAU, 11 JANUARI 2022 (SNN): Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi menzahirkan simpati dengan menyalurkan bantuan kepada keluarga mangsa yang terjejas banjir ribut, Muhamad Aman di Kampung Tebelu pada Sabtu.

    Menurut Pemanca Asli Yahya yang mewakili ADUN Sebuyau yang menyampaikan sumbangan itu, sumbangan berkenaan diberikan bagi meringankan sedikit bebanan keluarga dan ianya boleh digunakan untuk membeli kelengkapan yang rosak akibat dilanda ribut berkenaan.

    Dalam pada itu, Mohamad dan keluarga turut mengucapkan terima kasih dan berbesar hati di atas keprihatinan Datuk Julaihi atas sumbangan yang dihulurkan.

    “Bantuan ini sedikit sebanyak akan membantu saya dan keluarga dalam masa kesusahan ini,”katanya.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penganjuran Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri tonjolkan kualiti huffaz muda di...

    0
    KOTA SAMARAHAN, 26 FEBRUARI 2025: Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Sarawak 1446H/2025M yang dianjurkan di Dewan Suarah, Kota Samarahan telah melabuhkan tirainya dengan pencapaian membanggakan,...