More
    Home Lubnan isytihar darurat susulan letupan di Beirut

    Lubnan isytihar darurat susulan letupan di Beirut

    Beirut, Lubnan 05 Ogos 2020 : Presiden Lubnan, Michel Aoun hari ini memanggil kabinet bagi mengadakan mesyuarat tergempar susulan letupan yang berlaku di Bandar Beirut pada Rabu.

    Beliau berkata perjumpaan itu diadakan bagi mengisytiharkan darurat di Beirut selama dua minggu dan juga meminta seluruh negara itu untuk berkabung selepas letupan berkenaan telah mengorbankan lebih 70 nyawa.

    “Kerajaan turut meluluskan sejumlah AS$65 juta daripada peruntukan belanjawan tahun ini sebagai bantuan kecemasan,” katanya dalam laporan AP pada Rabu.

    Aoun dalam pada itu mempersoalkan tindakan gudang berkenaan yang menyimpan 2,750 tan ammonium nitrat tanpa langkah keselamatan yang dikatakan menjadi punca pada letupan itu.

    Keadaan bandar Beirut selepas letupan pada Rabu

    Beliau turut menegaskan akan mengambil tindakan keras ke atas pihak yang bertanggungjawab sehingga menyebabkan letupan berkenaan.-BERNAMA. Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Hospital Gleneagles sediakan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia

    0
    KUCHING, 24 FEBRUARI 2025: Hospital Gleneagles bernilai RM400 juta yang menyediakan 200 katil akan menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia termasuklah prosedur pembedahan canggih kepada pesakit...