Kuching, 9 Mei 2018 (SNN) – Pusat-pusat mula dibuka di seluruh negara bermula hari ini. Tinjuan beberapa pusat mengundi di kawasan Parlimen P193. Santubong, P194 Petra Jaya dan P195. Bandar Kuching mendapati orang ramai mula hadir ke pusat mengundi sekitar jam 10.00 pagi.
Parlimen P194. Petra Jaya
Orang ramai mula dilihat memasuki beberapa pusat pengundian bagi kawasan Parlimen P 194. Petrajaya seawal jam 10.00 pagi. Beberapa pusat pengundian dibuka antaranya di Sekolah Kebangsaan (Rakyat) Satok, Koleh Abdillah, SK Merpati Jepang, SMK Tun Abang Haji Openg.
Calon Barisan Nasional, Datuk Seri Fadillah Yusof menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Rakyat Bolhasan, Satok pada jam 8.41 pagi. Beliau yang ditemani isteri, Datin Seri Ruziah Mohd Tahir.
P 195. Bandar Kuching
Beberapa buah pusat mengundi dibuka bagi kawasan parlimen P 195. Bandar Kuching antaranya di Dewan Masyarakat KPCA, SMK Pending dan SMK Bandar Kuching No. 1 dan SMK Batu Lintang. Pertandingan menyaksikan pesaingan antara calon Barisan Nasional, Kho Teck Wan dengan Calon Pakatan Harapan, Chong Chieng Jen.
P. 193 Santubong
[ Setakat jam 11.30 pagi tadi ]