More
    Home Sarawak Kuching Kerajaan Sarawak sasar bina jaringan jalan di seluruh negeri bagi meningkatkan ketersambungan...

    Kerajaan Sarawak sasar bina jaringan jalan di seluruh negeri bagi meningkatkan ketersambungan luar bandar dan bandar

    KUCHING, 04 DISEMBER 2023: Kerajaan Sarawak menyasar membangunkan infrastruktur serta jaringan jalan di seluruh negeri bagi meningkatkan ketersambungan.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memberitahu, kerajaan Negeri akan terus membangunkan infrastruktur jalan selepas Lebuhraya Pan Borneo disiapkan sepenuhnya pada penghujung tahun.

    “Kita akan terus membina jalan penghubung daripada Lebuhraya Pan Borneo ke jalan pantai serta jambatan bagi meningkatkan ketersambungan di kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman.

    “Dalam pada itu, Lebuhraya Pan Borneo yang kini hampir siap sepenuhnya akan dibuka sepenuhnya kepada orang awam pada penghujung tahun ini,” kata beliau semasa berucap pada Majlis Makan Malam Impian Jadi Realiti Lebuhraya Pan Borneo Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Ahad.

    Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari berkata, kerajaan Sarawak akan membina jalan sepanjang 145 kilometer dari Marudi ke Long Terawan sampai ke Gunung Buda di kawasan Limbang yang bakal mempunyai lebuhraya pantai utara.

    “Pembinaan jalan raya ini adalah untuk menubuhkan hubungan yang bagi kepada jaringan jalan pembangunan luar bandar sekaligus merancakkan lagi ekonomi di kawasan pedalaman,” ujarnya.

    Dalam majlis sama, beliau menyampaikan plak penghargaan kepada para kontraktor yang bekerja membina Lebuhraya Pan Borneo.

    Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia; Dato Sri Fadillah Yusof, Timbalan ;Premier Sarawak; Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kerja Raya Malaysia’ Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak; Datuk Ir Aidel Lariwoo, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia; Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Pengarah Kerja Raya Sarawak; Datu Ir Richard Tajan dan tetamu-tetamu kehormat lain.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...