More
    Home Kerajaan Negeri Sarawak Bina 30 Menara Komunikasi di Sri Aman

    Kerajaan Negeri Sarawak Bina 30 Menara Komunikasi di Sri Aman

    KUCHING, 30 April 2019 (SNN)- Kerajaan Negeri melalui Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) merancang untuk membina lebih kurang 30 menara telekomunikasi di Bahagian Sri Aman di bawah inisiatif SMA300. Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat), YB Abdullah Saidol berkata menara-menara telekomunikasi di bawah inisiatif SMA300 itu dijangka siap dibina pada hujung tahun ini.

    “Untuk makluman semua, inisiatif SMA300 ini adalah menggunakan 100 peratus peruntukan Kerajaan Sarawak. Meskipun kita telah memohon peruntukan Kerajaan Persekutuan sebelum ini namun sehingga hari ini, kita belum menerima sebarang berita bagi membantu kita dalam inisiatif digital ini,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

    Mengenai jika SMA mempunyai perancangan untuk membina internet komuniti terutama sekali di kawasan luar bandar, Abdullah berkata, lembaga itu kemungkinan akan meneruskan rancangan pembinan hab inovasi di setiap bahagian di negeri ini.

    “Namun pada masa sama, kita juga akan melihat keperluan untuk membina atau mewujudkan pusat internet komuniti atau pun dikenali hab inovasi mikro di kawasan tertentu. Inisiatif ini akan dilakukan setelah kajian dibuat mengikut lokasi dan keperluan komuniti setempat itu,” katanya. Bagi menjawab pertanyaan seterusnya, beliau memberitahu hab inovasi akan diwujudkan di Sri Aman tetapi lokasi dan keperluannya masih dalam kajian.

    Sementara itu, menjawab pertanyaan Fazzrudin Abdul Rahman (GPS-Tupong), Abdullah berkata, projek Kampung WiFi dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat sudah tamat tempoh pada 2017 dan operasinya telah diberhentikan. Menurutnya, Kerajaan Sarawak melalui SMA sedang melaksanakan projek SMA300 yang akan menyediakan infrastrukutur perkhidmatan rangkaian 3G dan 4G di kawasan luar bandar.

    “Melalui liputan rangkaian ini, lebih ramai penduduk terutama masyarakat luar bandar akan dapat menikmati perkhidmatan jalur lebar dan internet berkualiti,” katanya.

    Mengulas lanjut mengenai pertanyaan pertimbangan kerajaan untuk meningkatkan lagi liputan di kawasan bandar, Abdullah berkata, ia bergantung kepada penyelia-penyelia komersial ataupun operator komersial seperti Celcom, Digi, Maxis dan sebagainya.

    “Namun kita (SMA) akan sentiasa dari semasa ke semasa berurusan dengan mereka untuk memastikan operator-operator ini kualiti internet dan jaringan talian telefon dan  sebagainya,” ujar beliau.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...