More
    Home Sarawak Kuching Jubli Emas SABERKAS 2022 akan diadakan di semua 82 cawangan negeri Sarawak

    Jubli Emas SABERKAS 2022 akan diadakan di semua 82 cawangan negeri Sarawak

    KUCHING, 12 JANUARI 2022 (SNN): Sambutan Jubli Emas SABERKAS bagi tahun ini akan diadakan di semua 82 cawangan SABERKAS negeri Sarawak yang akan diisi dengan pelbagai program aktiviti yang menarik.

    Perkara itu dimuktamadkan dalam satu majlis Taklimat SABERKAS Zon Sarawak Selatan 1 yang disampaikan oleh Sekretariat SABERKAS, saudara Iszuan Haroni di Bilik Mesyuarat SABERKAS Negeri, di Wisma SABERKAS pada  Rabu.

    Sekitar Majlis Taklimat bagi persediaan Mesyuarat Tritahunan yang akan membincangkan Sambutan Jubli Emas SABERKAS bagi tahun ini.

    Antara lain majlis taklimat itu juga turut menyaksikan majlis Penyampaian Dokumen Tahunan Cawangan yang telah disempurnakan oleh EXCO SABERKAS, saudara Abdul Aziz Bin Datuk Dr. Abang Abdul Rauf.

    Ahli-ahli mesyuarat berharap agar Sambutan Jubli Emas SABERKAS kali ini bakal disambut dengan penuh jaya dan meriah selain mendapat sambutan daripada semua lapisan masyarakat.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Jurang maklumat perlu dikurangkan, pastikan semua lapisan masyarakat nikmati manfaat pembangunan...

    0
    KUCHING, 18 APRIL 2025: Jurang maklumat perlu dikurangkan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menikmati manfaat pembangunan yang dibawa oleh kerajaan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk...