More
    Home Sarawak Samarahan JKM hulur bakul makanan kepada penduduk di kawasan Taman Univista yang dikenakan...

    JKM hulur bakul makanan kepada penduduk di kawasan Taman Univista yang dikenakan PKPD

    KOTA SAMARAHAN, 19 FEBRUARI 2021 (SNN) : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Samarahan dengan kerjasama pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menghulurkan bantuan berupa bakul makanan kepada penduduk di Taman Univista, Samarahan yang terjejas selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 17 Februari 2021.

    Agihan bakul makanan yang dilakukan semalam itu melibatkan seramai 780 orang penghuni di taman berkenaan yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Amar Mohammad Ali Mahmud.

    Sepanjang proses penyerahan bantuan tersebut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dipantau oleh pihak berkuasa bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dicegah disamping menjaga keselamatan penduduk yang berada dalam kawasan PKPD.

    Sementara itu, Ahli Parlimen Samarahan, Rubiah Wang merakamkan penghargaan kepada para petugas barisan hadapan dan agensi terlibat dalam mengagihkan bantuan bakul makanan kepada penduduk yang terjejas.

    Jelas beliau, kecekalan dan pengorbanan petugas barisan hadapan disifatkan sebagai wira yang tidak didendangkan kerana mereka turus memberikan perkhidmatan yang terbaik meskipun nyawa menjadi taruhan kerana terdedah dengan risiko jangkitan wabak Covid-19.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan awal asas utama pembentukan generasi muda cemerlang

    0
    KOTA SAMARAHAN, 09 JANUARI 2025: Pendidikan awal kanak-kanak menjadi asas penting dalam membentuk generasi muda yang cemerlang. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah...