More
    Home Sarawak Betong Jelajah Korban Aidiladha DUN Kabong: Mohd Chee Kadir puji semangat kerjasama golongan...

    Jelajah Korban Aidiladha DUN Kabong: Mohd Chee Kadir puji semangat kerjasama golongan belia dan veteran

    KABONG, 12 Ogos 2019 (SNN)- Ahli Dewan Undangan Negeri Kabong, Mohd Chee Kadir memuji semangat kerjasama antara golongan belia dan veteran dalam menjayakan ibadah korban peringkat DUN Kabong, di sini, hari ini.

    Mohd Chee Kadir berkata, beliau berharap budaya itu akan diteruskan pada masa akan datang dan semua peserta yang terlibat dapat menghayati ibadah korban sebaik-baiknya.

    “Saya memuji semangat peserta kerana sejak awal pagi tadi sudah mula hadir untuk menyertai majlis ibadah korban ini. Saya berharap semoga kita semua dapat menghayati pengertian ibadah korban sebaik-baiknya. Malah, saya juga ingin memastikan lebih ramai anak muda dapat belajar dan terlibat untuk ambil alih melakukan ibadah korban pada masa akan datang,” katanya.

    Beliau ditemui pada Majlis Ibadah Korban yang dilakukan di Surau Darul Taqwa, Kampung Sungai Endot, Kabong di sini, hari ini yang bermula seawal 7.30 pagi.  Pada majlis itu, sebanyak enam ekor lembu dikorbankan pada Majlis Korban tersebut dengan penglibatan lebih 200 orang petugas yang terdiri daripada golongan belia dan veteran. Lembu-lembu ini adalah sumbangan daripada penduduk Kampung Sungai Endot dan orang perseorangan.

    Majlis Ibadah Korban yang dilakukan di Surau Darul Taqwa, Kampung Sungai Endot, Kabong
    Penduduk DUN Kabong bekerjasama melakukan ibadah korban

    Jelajah Mohd Chee Kadir serta isteri bersama rombongan kemudiannya diteruskan ke Majlis Simbolik Penyerahan Daging Korban Di Masjid Ar-Rahim Kampung Gerigat pada jam 8.30 pagi, seterusnya di Masjid Lebai Mat Empelam, Kampung Empelam jam 10.30 pagi, Masjid Tok Amal Nyabor, Nyabor pada jam 12.00 tengah hari dan di Surau Darul Taqwa, Kampung Sungai Endot, Kabong pada jam 2.00 petang. Mohd Chee Kadir memuji penglibatan semua pihak pada hari ini dan berharap ianya akan meningkat setiap tahun.  

    “Penglibatan peserta hari ini menunjukkan bahawa ibadah korban adalah komitmen untuk semua dan ia bukan tugas orang masjid dan surau sahaja sebaliknya semua perlu terlibat. Saya memuji penglibatan semua orang pada hari ini dah berharap ia akan meningkat setiap tahun,” katanya.

    Penglibatan hari ini melibatkan pihak pengurusan setiap masjid dan surau, JKKK setiap kampung serta penduduk kampung sekitar kawasan Gerigat, Empelam, Nyabor dan Sungai Endot, Kabong.

    Sehari sebelum itu Mohd Chee Kadir dan isteri serta rombongan turut melakukan jelajah ibadah korban Aidiladha di sekitar Sessang, Kabong dan Alit. Mereka hadir pada Majlis Simbolik Penyerahan Daging Korban di Masjid Ar-Rahman Sessang pada jam 10.30 Pagi, Masjid Assabirin Kabong pada jam 12.30 tengah hari dan seterusnya Masjid Assasul Islam Alit  pada jam 4.00 petang. Majlis ini turut dihadiri bersama pihak pengurusan setiap masjid, JKKK setiap kampung dan penduduk kampung di sekitar  Sessang, Kabong dan juga Alit.

    DUN Kabong bekerjasama melakukan ibadah korban
     
    Penduduk DUN Kabong bekerjasama memotong dan mengagihkan daging lembu
    Mohd Chee Kadir turut menyerahkan daging korban yang telah diagihkan kepada salah seorang penduduk kampung di sini
    Agihan daging korban untuk dibahagikan kepada penduduk kampung dan golongan asnaf

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...