More
    Home Jambatan Gantung Satok Siap September 2019

    Jambatan Gantung Satok Siap September 2019

    KUCHING,17 Julai 2019 (SNN)- Jambatan Gantung Satok dijangka akan siap menjelang pertengahan bulan September. Ini susulan lawatan tapak ke jambatan tersebut yang dilakukan oleh Pengarah Kerja Raya (JKR) Sarawak, Datu Ir. Hj. Zuraimi bin Hj. Sabki ke tapak projek pembinaan semula Jambatan Gantung Satok, baru-baru ini.

    Rombongan lawatan tapak turut diiringi oleh jurutera dan kontraktor pelaksana bagi meninjau perkembangan kemajuan projek serta memastikan kualiti dan standard binaan jambatan.

    Jambatan pejalan kaki itu dibina pada era pemerintahan Rajah Brooke, pernah menjadi ikon Bandar raya Kuching sebelum ianya ditutup kepada laluan orang ramai pada tahun 1992. Pada tahun 2004, tanggal 7 Oktober, menyaksikan akhirnya jambatan tersebut menyembah bumi.

    Diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Haji Openg tahun 2017, jambatan baharu dengan lebar tiga meter itu dibina mengikut piawaian British Standard (BS) termasuk menara dan blok utama bagi menempatkan kabel penggantungan akan dibina semula oleh Kerajaan Sarawak kerana ianya wajar untuk diwujudkan semula memandangkan jambatan ikonik tersebut mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

    Projek jambatan sepanjang 213 meter, merentangi Sungai Sarawak telah bermula pada 19 September 2017, dan tarikh siap kontrak adalah Disember tahun ini. Walaubagaimanapun, berdasarkan hasil lawatan tapak dan pemeriksaan tersebut, pihak JKR Sarawak dan kontrator yakin bahawa Jambatan Gantung Satok akan siap seawal 15 September tahun ini iaitu 3 bulan lebih awal dari jadual asal kontrak. Sumber- Komunikasi Korporat JKR Sarawak.

    Pengarah Kerja Raya (JKR) Sarawak, Datu Ir. Hj. Zuraimi bin Hj. Sabki bersama rombongan ke tapak projek pembinaan semula Jambatan Gantung Satok, baru-baru ini.
    Datu Ir. Hj. Zuraimi bin Hj. Sabki  turut bergambar  bersama rombongan di atas jambatan Gantung Satok yang hampir siap dibina.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    BDA peroleh 10 peratus pegangan dalam Ferroalloys Sdn Bhd melalui MoU...

    0
    TOKYO, 18 DISEMBER 2024: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) memperoleh 10 peratus pegangan dalam Pertama Ferroalloys Sdn. Bhd. melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Pemindahan Saham dalam...