More
    Home Lain-lain Jalan Sungai Maong ke Segedup pacu pembangunan perumahan

    Jalan Sungai Maong ke Segedup pacu pembangunan perumahan

    KUCHING 1 JULAI 2020 (SNN) : Pembinaan jalan baharu menghubungkan kampung Sungai Maong dengan kampung Segedup bakal memacu pembangunan di sekitar kawasan itu.

    Ketua menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg berkata, jalan itu nanti akan membolehkan kerajaan negeri merancang pembinaan perumahan lebih banyak di kawasan tersebut. “Ini akan membolehkan penduduk setempat berpeluang membeli dan memiliki rumah sendiri dengan harga berpatutan,” tambahnya ketika majlis perasmian Pecah Tanah Projek Jalan Sungai Maong ke Segedup semalam.

    Gambar : Ketua menteri merasmikan majlis pecah tanah di Batu Kawa

    Tambahnya, jalan tersebut akan memendekkan masa perjalanan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut. “Ia seperti yang kita telah laksanakan di Sungai Midin (Samariang) dan Kemuyang, Sibu di mana penduduk di sekitar dapat membeli rumah dan infrastruktur kita bangunkan'” katanya lagi.

    Ujarnya lagi, semua pembangunan yang telah dirancang memerlukan masa untuk disiapkan namun kerajaan mempunyai dasar sendiri dalam memastikan kesemua pembangunan itu dapat disiapkan menjelan tahun 2025. Pembinaan jalan sejauh 3.6 kilometer itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2022. -Sumber Ukas. Dilaporkan oleh Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam...

    0
    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan...