More
    Home Jakim perlu laksanakan Sijil Halal dalam tulisan mengikut bangsa pemilik produk

    Jakim perlu laksanakan Sijil Halal dalam tulisan mengikut bangsa pemilik produk

    Kuala Lumpur, 25 Disember 2019 (SNN) : Penentangan hebat oleh persatuan Cina, Dong Zong terhadap pelaksanaan tulisan jawi di sekolah jenis kebangsaan mulai tahun depan perlu dilakukan secara menyeluruh.

    Jika betul mereka ini antitulisan Jawi, penolakan perlu dilakukan secara menyeluruh termasuk menolak penggunaan tulisan jawi pada produk keluaran mereka.

    Tidak perlulah persatuan Cina ini bersikap dwistandard dengan menolak jawi di sekolah, tetapi pada bungkusan produk mereka kalau boleh semuanya mahu ditulis dengan jawi.

    Itu belum kira produk keluaran syarikat milik orang Cina yang menggunakan gambar masjid bagi mengaburi mata orang Islam.

    Oleh itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu memperhalusi cadangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) supaya mengeluarkan Sijil Halal dalam tulisan mengikut bangsa pemilik produk.

    PPIM melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman pernah mencadangkan supaya tulisan ‘halal’ untuk produk-produk halal yang dikeluarkan oleh bukan Islam ditulis menggunakan tulisan mengikut kaum masing-masing.

    Ini selari dengan pendirian Dong Zong yang merasakan penggunaan tulisan jawi adalah seperti cubaan mengislamkan kaum lain di negara ini.

    Mereka tidak melihatnya daripada aspek pembalajaran dan budaya. Jadi tidak sepatutnya untuk tujuan keuntungan perniagaan dan demi kekuatan ekonomi mereka, golongan ini sedia pula menggunakan tulisan jawi.

    Dalam cadangannya itu Dr. Maamor berkata,  sebagai contoh, jika produk itu dikeluarkan oleh pemilik Melayu, Islam, Jakim perlu mengeluarkan Sijil Halal dalam tulisan Jawi.

    “Produk Bukan Islam Tak Perlu Pakai Tulisan Jawi,” katanya dalam hantaran di facebook.

    Katanya, jika produk berkenaan dikeluarkan oleh syarikat Cina dan India, maka Sijil Halal mesti ditulis dalam bahasa Mandarin dan Tamil, bukan tulisan Jawi sebagaimana sebelum ini.

    Ini tegas beliau sebagai tanda akur PPIM berhubung penolakan tulisan Jawi oleh persatuan Cina, Dong Zong bagi pelaksanaan dalam kurikulum sekolah tahun depan.

    “Mereka (Dong Zong) tak nak Jawi, okey. Kita boleh terima. Tapi kita mahu penolakan itu secara menyeluruh sehingga pada produk keluaran bukan Islam pun dihapuskan tulisan Jawi,” kata Dr. Maamor.

    Rasanya Jakim perlu mempertimbangkan perkara ini secara serius supaya tulisan jawi itu tidak terus dihina dan dikecam.

    Jawi adalah tulisan asal untuk penduduk-penduduk di Nusantara. Penggunaan tulisan jawi bukan sahaja di Malaysia malah meliputi hampir semula kepulauan Melayu.

    Ia satu sumber warisan dan lambang ketamadunan orang Melayu yang mahu dilenyapkan begitu sahaja.

    Bagi yang bukan Islam mereka tentunya tidak ada masalah untuk menggunakan sijil halal yang dikeluarkan dalam bahasa ibunda masing-masing, kerana itu akan lebih difahami oleh kaum mereka. Tidak perlu lagi mereka menghina tulisan jawi.
    Sumber : SM

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerjasama Sarawak dengan Mitsubishi Power bukti kukuh untuk wujudkan ekonomi berasaskan...

    0
    HYOGO, 19 DISEMBER 2024: Industri hidrogen akan memainkan peranan transformatif dalam landskap tenaga global dan Sarawak komited untuk berada di barisan hadapan dalam evolusi...