More
    Home Sarawak Mukah Jabatan Kebajikan Masyarakat Agih Air Minuman Untuk Penduduk Dalat dan Simunjan Yang...

    Jabatan Kebajikan Masyarakat Agih Air Minuman Untuk Penduduk Dalat dan Simunjan Yang Terjejas Akibat Kemarau

    Mukah, 31 Disember 2019 (SNN)-  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Mukah semalam mengagihkan sebanyak 2,908 kotak air minuman botol kepada seramai 1,454 penduduk di kawasan Dalat yang terjejas teruk akibat kemarau.

    Agihan air tersebut melibatkan penduduk di Kampung Klid, Narub dan Sua dalam daerah Dalat, Rumah Simu, Rantai, Albert Lassan, Umpang, Ambah, Bihai, Balong, Jawa, Sigah, Tinggi, Balai (Ranggi), Ayum, Bajai dan Nyalong dalam kawasan Ulu Baoh, Dalat. Penghantaran bantuan tersebut mengambil masa dua jam setengah ke Ulu Baoh dari Mukah menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan lori, sementara ke Kampung Klid selama satu jam menggunakan tongkang.

    Menurut Tuai Rumah Rantai, musim kemarau sejak kebelakangan ini telah menyebabkan air hujan berkurangan bagi tujuan minuman.“Terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat atas bantuan segera kepada kami di sini. Bantuan air ini akan dibahagikan sama rata kepada penduduk rumah panjang kami dan beharap dapat meringankan kesusuhan penduduk,” katanya.

    Dalam pada itu masalah air yang teruk telah menjejaskan beberapa kawasan di daerah Dalat. Kebanyakan kawasan di sekitar Mukah masih belum mempunyai bekalan air paip serta masih bergantung kepada air dari sungai dan tadahan hujan. Cuaca panas telah menyebabkan air sungai dan tadahan hujan telah kering serta menjejaskan aktiviti seharian penduduk.

    Bantuan air tersebut telah disampaikan Pegawai Perhubungan Masyarakat Daerah Dalat Mohd Omar Qaiyum Yahya bersama Pembantu Pembangunan Masyarakat Bahagian Mukah Samsul Sami.

    Dalam perkembangan yang sama, Pejabat Kebajikan Masyarakat Samarahan turut mengagihkan 350 kotak air minuman kepada 3 buah kampung di Simunjan semalam. Tiga buah kampung di Simunjan tersebut iaitu Kampung Sungai Alit, Kampung Tanjung Sabang Simunjan dan Kampung Tanjung Tanglong juga merupakan kawasan yang terjejas akibat musim panas.

    Menurut Tuai Rumah Kampung Tanjung Sabang Tawi anak Seli berkata pihaknya telah menghantar surat memohon bantuan air kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Samarahan pada 27 Mac lepas. “Ketiadaan hujan sejak beberapa hari lepas telah menyebabkan kawasan sekitar Simunjan seperti Kampung Sungai Alit, Kampung Tanjung Sabang Simunjan dan Kampung Tanjung Tanglong mengalami krisis air. Ketiga-tiga buah kampung ini terletak di pesisir sungai yang tidak mempunyai bekalan air paip dan menyebabkan penduduk kampung mencatu air takungan bersih bagi meneruskan aktiviti seharian.”

    Daripada 350 kotak air minuman itu, 132 kotak disalurkan ke Kampung Tanjung Sabang yang melibatkan 23 buah keluarga. Sementara itu, 134 kotak minuman diagihkan kepada penduduk di Kampung Sungai Alit yang merangkumi 22 buah keluarga dan 84 kotak minuman lagi diserahkan kepada 42 penduduk di Kampung Tanjung Tanglong. Ketiga-tiga kampung ini hanya boleh dihubungi menerusi perahu dan menggunakan pengangkutan pancuan 4 roda.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...