More
    Home Isu Sarawak sentiasa dibangkit di parlimen agar Kerajaan Pusat ambil perhatian

    Isu Sarawak sentiasa dibangkit di parlimen agar Kerajaan Pusat ambil perhatian

    KUALA LUMPUR, 08 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Menjadi tanggungjawab wakil dari negeri Sarawak untuk membangkitkan isu-isu di negeri agar Kerajaan Persekutuan ambil perhatian dan dapat diletakkan ke dalam rolling plan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

    Senator Zaiedi Suhaili berkata, beliau menekankan isu yang sering dibangkitkan sebelum-sebelum ini seperti pelaksanaan semula pembinaan Hospital Pengajar UNIMAS dan Hospital Petrajaya.

    “Bukanlah kita tidak mahu menyentuh isu nasional keseluruhannya akan tetapi sebagai wakil dari negeri Sarawak, wajar sekiranya saya mengemukakan perkara-perkara yang berkait dengan negeri ini.

    “Harapan kita adalah agar isu yang dibangkitkan akan mendapat perhatian oleh Kerajaan Perikatan Nasional,” kata beliau selepas Perbahasan Titah DiRaja di Persidangan Dewan Negara pada Rabu.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    22 JULAI, 31 OGOS DAN 16 SEPTEMBER PADA TAHUN 1963: APAKAH...

    0
    MASIH ADA LAGI orang bertanyakan apakah dan mengapakah warga Malaysia merayakan tiga tarikh ini. Semua tarikh ini begitu dekat di antara satu dengan yang...