Kuching, 8 Disember 2020 (SNN) – Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) sokong kepimpinan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Johari. Pendirian IGMS ini telah disampaikan kepada YAB Ketua Menteri sendiri secara langsung semasa kunjungan hormat oleh barisan Ahli Jawatankuasa IGMS 2021-2022 pada 8 Disember 2020 di Pejabat Ketua Menteri, Wisma Bapa Malaysia.
Kunjungan hormat ini telah disertai oleh semua ahli jawatankuasa yang terdiri daripada 13 orang. Mereka telah diketuai oleh Datu Dr. Hj. Sanib Hj. Said selaku Yang Dipertua, Hj. Syed Hosen bin Wan Hamit (Timbalan Yang Dipertua) dan Samsol Morshidi Bujang (Setiausaha Agung).
3. 2 Tesis Sarjana
Sebagai tanda kenangan kunjungan hormat ini IGMS telah menyampaikan dua naskah tesis Sarjana kepadas YAB Ketua Menteri. Tesis Sarjana ini adalah kajian tentang Hikayat Datuk Merpati oleh Samsol Morshidi (UNIMAS) dan yang kedua adalah tentang manuskrip dan sejarah Negeri Banting oleh Azuan Jemat (Universiti Malaya).
