More
    Home Sarawak Serian Gerhana Matahari Cincin atau Anulus di Serian

    Gerhana Matahari Cincin atau Anulus di Serian

    Serian, 26 Disember 2019 (SNN) : Hari ini, Malaysia berpeluang menyaksikan kejadian alam yang jarang-jarang berlaku, iaitu gerhana matahari cincin atau anulus di Serian, Sarawak, dan juga di Tanjung Piai, Johor.

    Kali terakhir fenomena alam ini terjadi kira-kira 21 tahun yang lalu di Mersing, Johor pada 22 Ogos 1998.

    Pengarah Planeterium Negara Anita Bahari dilaporkan berkata sebelum ini bahawa, fenomena alam yang berlaku setiap 20 tahun, kali ini hanya berlaku di dua kawasan tersebut sahaja kerana pada ketika itu kedudukan bulan, bumi dan matahari adalah selari.

    Menurutnya, fenomena itu berlangsung di Serian bermula jam 11.49 pagi (fasa pertama) dan menghasilkan gerhana penuh atau Anulus pada jam 1.46 petang. Manakala di Tanjung Piai pula akan bermula pada jam 11.26 pagi (fasa pertama) dan menghasilkan Anulus (fasa empat) tepat jam 1.21 petang.

    Gerhana matahari cincin berlaku apabila bulan bergerak tepat di hadapan matahari dan disebabkan ketika itu, bulan berada sedikit jauh daripada bumi, maka saiznya sedikit kecil dan tidak akan dapat menutupi keseluruhan bentuk piring matahari.

    Akibatnya di dalam kawasan atau berhampiran dengan kawasan laluan tengah gerhana ini, matahari akan kelihatan seperti cincin.

    Secara amnya, laluan gerhana cincin ini akan bermula dari Semenanjung Tanah Arab, kemudian memasuki selatan India dan Sri Lanka, seterusnya Asia Tenggara merentasi Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina sebelum ia berakhir di lautan Pasifik.

    “Selain daripada dua kawasan di atas, seluruh Malaysia dan Brunei, serta sebahagian Singapura akan dapat menyaksikan gerhana matahari separa.

    “Di kawasan ini, ketika waktu puncak gerhana, matahari tidak akan kelihatan seperti cincin, tetapi lebih menyerupai bentuk ‘bulan sabit’.

    Fasa gerhana matahari berlangsung selama kira-kira 3 jam 51 minit, bermula dengan kemunculan bayang-bayang bulan dan sampailah ke saat bulan kembali hilang.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerjasama Sarawak dengan Mitsubishi Power bukti kukuh untuk wujudkan ekonomi berasaskan...

    0
    HYOGO, 19 DISEMBER 2024: Industri hidrogen akan memainkan peranan transformatif dalam landskap tenaga global dan Sarawak komited untuk berada di barisan hadapan dalam evolusi...