More
    Home Sarawak Samarahan ‘Future’ di FACA FEST 2019

    ‘Future’ di FACA FEST 2019

    Kota Samarahan, 14 Disember 2019 (SNN): FACA Fest 2019 telah berjaya dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor UNIMAS (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Ahmad Hata Rasit di Panggung Eksperimental, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) UNIMAS, baru-baru ini.

    Program tersebut yang merupakan anjuran para pelajar dari Program Pengurusan Seni turut dengan kerjasama kelab PERSENI, UNIMAS akan diadakan selama empat hari bermula pada 11 hingga 14 Disember 2019 yang bertemakan slogan ‘Future’.

    Objektif utama penganjuran FACA 2019 itu adalah sebagai platform kepada pelajar untuk mengaplikasikan teori pembelajaran dan praktikal pengurusan acara dengan cara memberi pendedahan terutama berkaitan strategi pemasaran, produksi, komunikasi, teknik, artistik dan persembahan.

    Sepanjang program ini berlangsung, pelajar akan melibatkan diri untuk menyempurnakan tiap tugasan yang diselitkan yakni sekaligus memberi pengalaman kepada pelajar yang pastinya boleh membantu mereka semasa berada dalam dunia pekerjaan kelak.

    FACA Fest 2019 menggabungkan lima program yang terdapat di FSGK iaitu drama dan teater , filem, musik, animasi dan pengurusan seni serta menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti ‘cosplay competition’, ‘toys and collectors exhibit’, ‘3 days 2 die’,zombie house’, ‘The new revolution modern dance competition’, ‘E-sports’ dan ‘ MyXsporasi Exhibition’.

    Program tersebut juga menjemput selebriti tanah air untuk membuat persembahan seperti Azlan (Typewriter), Naim Daniel, MK (K-Clique), Azmeer, Iqbal dan Ain, Jimmy Esut dan Bebbra Charles Mailin.

    Persembahan daripada Jimmy Esut.
    Persembahan daripada artis tempatan iaitu Naim Daniel.
    Profesor Madya Dr Musdi Hj Shanat (dua dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Prof Dr Ahmad Hata Rasit (dua dari kanan) sempena Majlis Perasmian FACA Fest 2019 yang diadakan di UNIMAS.
    Prof Dr Ahmad Hata Rasit melawat tapak pameran animasi di ruang legar Panggung Experimen, FSGK UNIMAS 

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...