More
    Home Sarawak Samarahan FBK UNIMAS Disaran Kolaborasi Penyelidikan Untuk Kelestarian Bahasa

    FBK UNIMAS Disaran Kolaborasi Penyelidikan Untuk Kelestarian Bahasa

    KOTA SAMARAHAN, 02 Oktober 2019 (SNN): Kelestarian bahasa perlu dikekalkan dalam konteks yang lebih luas merangkumi bukan sahaja pengekalan tetapi turut menambah baik keadaan sedia ada selaras dengan Revolusi Industri 4.0. Ini kerana dunia sudah berada di pintu gerbang Revolusi Industri 4.0 di mana virtual culture (budaya maya) akan makin menyentuh hampir semua aspek kehidupan manusia.

    Berucap di majlis perasmian Hari Terbuka Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) baru-baru ini, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sarawak, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie mencadangkan agar pihak FBK melaksanakan kolaborasi penyelidikan secara dalaman dan luaran yang melibatkan penggunaan teknologi untuk mewujudkan aplikasi dalam penggunaan pembelajaran bahasa.

    “Menerusi perancangan dan pelaksanaan ini, teknologi baru boleh menjadi ejen yang berkuasa untuk kebaikan terutamanya dalam sistem pendidikan dan akses kepada maklumat dapat meningkatkan keintelektualan dan menghasilkan pemikiran aras tinggi yang holistik,” tambahnya.

    Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie (tiga dari kiri)memotong riben sempena Hari Terbuka Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UNIMAS yang diadakan selama dua hari bermula 17-18 Oktober 2019 lepas

    Terdahulu, Dekan FBK Profesor Dr Ambigapathy Pandian berkata pihak fakulti komited untuk melestarikan bahasa-bahasa di Malaysia amnya dan di Sarawak khususnya untuk mendukung aspirasi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan memperkasakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu.

     “Dalam masa yang sama, bahasa-bahasa sukuan khususnya di Sarawak juga perlu dipelihara dan diberi perhatian dalam mengekalkan identiti dan kearifan lokal. Justeru, FBK telah menawarkan beberapa kursus bahasa-bahasa sukuan /Borneo seperti dialek Melayu sarawak, bahasa Iban, bahasa Bidayuh dan bahasa Melanau,” katanya lagi. Prof Ambiga juga menjelaskan penawaran kursus-kursus Bahasa ketiga seperti bahasa Arab, bahasa Mandarin, bahasa Jepun dan bahasa Perancis dilihat sebagai satu peluang untuk meningkatkan kebolehpasaran para pelajar dalam dunia pekerjaan.

    Fakulti Bahasa dan Komunikasi mengadakan Hari Terbuka Fakulti pada 17 dan 18 Oktober 2019 lepas  dengan bertemakan kelestarian bahasa. Antara aktiviti yang diadakan semasa Hari Terbuka Fakulti termasuklah pameran buku dan poster penyelidikan, jualan buku, aktiviti kebudayaan, permainan tradisional, pertandingan bercerita, berpantun dan pidato, pengucapan awam, serta ceramah teknik menjawab kertas perperiksaan MUET dan motivasi SPM.

    Turut hadir di majlis perasmian ialah Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, ahli majlis dekan, pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak serta pelajar-pelajar sekolah di sekitar Kota Samarahan dan Kuching. Acara kemuncak merupakan Syarahan Perdana Sasterawan Negara bersama Dato’ Seri A. Samad Said yang berlangsung di DeTAR PUTRA, UNIMAS.

    Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie (tengah) bersama tetamu kehormat yang lain memecah belon sebagai tanda simbolik perasmian Hari Terbuka Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UNIMAS.
    Simbolik perasmian Hari Terbuka Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UNIMAS.  

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...