More
    Home Elak isu doktor 'Palsu' berulang, JKNS keluar arahan penambahbaikan serta-merta

    Elak isu doktor ‘Palsu’ berulang, JKNS keluar arahan penambahbaikan serta-merta

    KUCHING, 09 JULAI 2021 (SNN) : Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) memandang serius berkenaan isu penyamaran seorang individu sebagai Pegawai Perubatan Siswazah dari Hospital Umum Sarawak (HUS) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Perpaduan Kuching.

    Pengarahnya, Dato’ Dr Mohamed Sapian Mohamed dalam satu kenyataan menegaskan, penyamar yang dikenali sebagai “Dr. Shah” berkenaan tidak pernah disenaraikan dalam jadual bertugas rasmi yang ditetapkan untuk semua petugas Kementerian Kesihatan dan para sukarelawan di PPV Stadium Perpaduan.

    Siasatan dalaman JKNS juga mendapati individu tersebut mengaku menyamar sebagai Pegawai Perubatan Siswazah di Bahagian Neurologi dari HUS dan memaklumkan hanya datang membantu jika ada kelapangan tetapi tidak pernah melaporkan diri untuk bertugas secara rasmi.

    Kenyataan media Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak

    Susulan kejadian itu, JKNS pada Jumaat telah mengeluarkan arahan penambahbaikan serta-merta kepada pihak pengurusan PPV Stadium Perpaduan Kuching dan HUS bagi mengelakkan hal yang sama berulang.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    22 JULAI, 31 OGOS DAN 16 SEPTEMBER PADA TAHUN 1963: APAKAH...

    0
    MASIH ADA LAGI orang bertanyakan apakah dan mengapakah warga Malaysia merayakan tiga tarikh ini. Semua tarikh ini begitu dekat di antara satu dengan yang...