More
    Home Dua pelajar Malaysia antara 50,000 pemohon yang diterima masuk ke Universiti Havard

    Dua pelajar Malaysia antara 50,000 pemohon yang diterima masuk ke Universiti Havard

    KUALA LUMPUR, 15 APRIL. 2021 (SNN) : Sebut sahaja Universiti Havard sudah tentu ramai dalam kalangan kita dapat membayangkan betapa gahnya jika dapat melanjutkan pelajaran di tempat itu. Perkara inilah yang berlaku selepas dua pelajar kelahiran tanah air Malaysia telah disenaraikan untuk melanjutkan pelajaran di sana. Sudah pasti membuat kita rasa terkagum dan bangga.

    Havard College atau Sekolah Sarjana Universiti Havard akan menerima dua pelajar dari Malaysia bagi sesi kelas sarjana pada tahun 2025 iaitu Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi dari Kuantan, Pahang dan Jarell Cheong Tze Wen dari Kuala Lumpur. Kedua-dua mereka ini adalah produk sistem pendidikan kebangsaan dengan Hamdi telah menamatkan sesi persekolahan di SM Sains Alam SHah, Kuala Lumpur dan menyambung ke peringkat A-Level di Kolej Tuanku Ja’far sebagai Cendekiawan Bank Negara Kijang dan Jarell menamatkan SPM serta A-Level di SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur dan Sunway College, Petaling Jaya.

    Tidak hanya cemerlang dalam kurikulum, keduanya turut aktif dalam kokurikulum malah pernah mewakili Malaysia dalam beberapa bidang. Jarell pernah mewakili Malaysia dalam bidang tarian, matematik dan permainan catur. Hamdi pula merupakan seorang pendebat di sekolah dan turut memberi tuisyen kepada pelajar sekolah menengah. Ini menjadikannya lebih berfalsafah dengan membincangkan pandangan dunia serta mengenai urusan di masa kini.

    Ketika ditemubual bersama Ketua Penyelidikan Khazanah Nasional Berhad dan penemuduga alumni, Nick Khaw, Hamdi menyatakan dia pernah melakukan beberapa pekerjaan untuk membantu keluarga disamping mencapai hasratnya memasuki sekolah berasrama penuh untuk mengurangkan beban keluarga. Pengalaman hidup sebagai seorang pelajar seperti Hamdi ini wajar diteladani oleh setiap pelajar yang lain.

    Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi.. Credit: Havard Club of Malaysia

    Jarell pula adalah individu yang sangat jarang ditemui dalam kalangan pelajar dimana dia sangat aktif dalam pelbagai platform. Dia merupakan pelajar cemerlang yang mewakili Malaysia dalam acara SEA Games Dancesport dan juga bertanding di bawah bendera Malaysia dalam sukan Olimpik Matematik Asia Pasifik serta Kejohanan Catur. Cukup hanya dapat membayangkan betapa berbakatnya mereka ini malah Jarell turut pernah memperoleh semua ‘A’ di peperiksaan Cambridge Antarabangsa.

    Jarell Cheong Tze Wen…Credit:Havard Club of Malaysia

    Jelasnya, kedua-dua mereka kelak berhasrat untuk melanjutkan dalam bidang yang diminati masing-masing. Hamdi menyatakan bahawa dia ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Ekonomi sementara Jarell merancang untuk mengambil jurusan Matematik. Apa yang boleh kita rumuskan disini adalah, penerimaan keuda pelajar ini ke Havard College adalah suatu yang membanggakan tanah air lebih-lebih lagi institusi pendidikan negara kerana peratusan peluang untuk masuk ke kolej berkenaan adalah sangat rendah. Selamat maju jaya untuk keduanya!

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak sentiasa perjuangkan hak dan automoni seperti yang termaktub dalam MA63

    0
    KUCHING, 11 JANUARI 2025: Sarawak terus komited dalam mempertahankan prinsip-prinsip federalisme yang menjadi teras kepada pentadbiran negara ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr)...