More
    Home Lain-lain Dayak bidayuh tolak pengaruh luar

    Dayak bidayuh tolak pengaruh luar

    KUCHING 30 JUN 2020 (SNN) : Sekitar 50 warga kampung Jagoi Duyoh dan simpati dari kampung berdekatan berhimpun untuk membantah niat warga kampung yang muslim mendirikan surau di kampung itu semalam.

    Ini kerana mereka tidak suka dan tidak mahu surau di dirikan di kampung berkenaan. Ujar mereka, sememangnya mereka tidak dapat menghalang siapa sahaja untuk menjadi muslim, sebab itu merupakan hak individu untuk memilih agama yang mereka rasa sesuai.

    Gambar : Pihak polis turut hadir bagi memastikan keadaan terkawal

    Sebagai kampung tradisi, Dayak Bidayuh kebanyakannya tidak suka pengaruh luar yang bisa menanam pergaduhan diantara mereka. Kata mereka lagi, mereka lebih selesa bersendirian. kebanyakan mereka beragama kristian dan selebihnya masih mengamalkan adat asal dan segelintir adalah muslim. Mereka masih bertoleransi sesama mereka kerana yang muslim itu juga adalah saudara-mara sendiri namun kerisauan tetap ada sekiranya ada budaya dari luar masuk ke kampung itu.

    Jelasnya, solusi yang di inginkan mereka adalah dengan membina satu penempatan muslim yang berasingan sepertimana dilakukan di kampung Tembawang boleh dijadikan contoh perdamaian tetap dijaga walaupun diasingkan mengikut kepercayaan agama. Hal ini dilakukan bagi mengelak perselisihan dalam soal agama. -Sumber SDC. Dilaporkan oleh Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Program Grid Bekalan Air Sarawak kini capai 88 peratus siap-Julaihi

    0
    KUCHING, 20 NOVEMBER 2024: Program Grid Bekalan Air Sarawak bagi kawasan tumpuan yang melibatkan sebanyak 304 projek kini berada di fasa terakhir yang mana...