More
    Home Sarawak Samarahan Datuk Julaihi tinjau Pusat Pemberian Vaksin Sebuyau

    Datuk Julaihi tinjau Pusat Pemberian Vaksin Sebuyau

    SEBUYAU, 15 JUN 2021 (SNN) : Menteri Infrastruktur dan Pmebangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi bersama rombongan Residen Kota Samarahan, Hj Berahim Lumpu dan Dr Azzahari Abdillah berkesempatan meninjau Program Imunisasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sebuyau di Dewan Pembangunna Masyarakat Sebuyau di sini, semalam.

    Difahamkan PPV Sebuyau telah diluluskan sebanyak 3,000 dos vaksin yang bermula semalam hingga 18 Jun 2021 ini. Bagi membolehkan program imunisasi tersebut berjalan lancar, PPV Sebuyau turut dibantu oleh Sukarelawan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), Pejabat Daerah Sebuyau, Jabatan Belia & Sukan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Khidmat ADUN N.27 Sebuyau seramai 50 orang.

    Program Imunisasi Covid-19 di PPV Sebuyau tersebut diselia penuh oleh Doktor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)@Klinik Kesihatan Sebuyau, Dr Azzahari Abdillah. Semoga masyarakat di kawasan DUN Sebuyau bersama-sama hadir mendaftarkan diri bagi mendapatkan vaksin Covid-19 dan program itu berjalan dengan jayanya.

    Masyarakat di sekitar DUN Sebuyau mula mendaftarkan diri bagi mendapatkan vaksin

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penerbitan Buku ‘Adat Resam Masyarakat Melayu Sarawak’ perkukuh pemahaman dan budaya...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2025 (SNN): Penerbitan buku berjudul 'Adat Resam Masyarakat Melayu Sarawak' bertujuan untuk mendokumentasikan adat resam masyarakat Melayu Sarawak dengan penekanan kepada...