More
    Home Sarawak Kuching Dato Sri Julaihi dan isteri berkunjung ke Rumah Terbuka TYT Sarawak dan...

    Dato Sri Julaihi dan isteri berkunjung ke Rumah Terbuka TYT Sarawak dan Premier Sarawak

    KUCHING, 11 APRIL 2024 (SNN): Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri setiap tahun sudah pasti ramai pihak tidak melepaskan peluang berkunjung-kunjungan bagi mengeratkan silaturahim bahkan turut diraikan oleh masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

    Suasana kemeriahan 1 Syawal kali ini disambut penuh makna apabila rakyat Sarawak dari pelbagai latar belakang kaum hadir pada Rumah Terbuka Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan YABahagia Toh Puan di Astana Negeri serta Rumah Terbuka YAB Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri di BCCK Kuching.

    Turut berkongsi kemeriahan tersebut adalah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi serta isteri dan ahli keluarga yang turut hadir ke majlis Rumah Terbuka Rumah Terbuka YAB Premier Sarawak yang dihadiri lebih 13,000 orang pengunjung dan kemudiannya berkunjung ke Rumah Terbuka TYT Sarawak yang difahamkan juga dihadiri lebih 15,000 orang pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.

    Dato Sri Julaihi dan isteri serta keluarga ketika berkunjung ke Rumah Terbuka TYT Sarawak di ASTANA Negeri

    Terdahulu, Dato Sri Julaihi pada pagi 1 Syawal 1445 Hijrah berkesempatan menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Darul Aman, Sebangan bersama warga muslim di sana yang dipimpin oleh Imam Ahab Hapani dan kemudiannya mendengarkan khutbah bertajuk ‘Merayakan Kejayaan, Meraih Ketaqwaan’.

    Usai menunaikan solat sunat, Dato Sri Julaihi berkesempatan bersalam-salaman bersama para jemaah sebagai tanda mengeratkan silaturahim sempena Hari Raya Aidilfitri.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni...

    0
    KUCHING, 16 NOVEMBER 2024: Kerajaan digesa mempertimbang dan mengambil berat isu hakisan tanah yang teruk di Kampung Melango, Saratok yang meliabtkan lebih 47 rumah...