More
    Home Sarawak Limbang Dato Henry tinjau dan hulur bantuan kepada mangsa banjir di Ba'kelalan, Lawas

    Dato Henry tinjau dan hulur bantuan kepada mangsa banjir di Ba’kelalan, Lawas

    LAWAS, 27 MEI 2021 (SNN) : Hujan lebat disertai dengan banjir yang melanda di beberapa kawasan di Lawas sejak Isnin lalu menyebabkan banyak kerosakan kemudahan awam dan perlu dibaiki segera.

    Prihatin terhadap permasalahan tersebut, Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar Dato Henry Sum Agong bersama wakil dari jabatan berkaitan tampil meninjau kawasan yang terjejas akibat banjir pada Selasa bagi menilai kerosakan infrastruktur khususnya berkaitan pertanian.

    Sejurus tiba di Kampung Ba’kelalan, beliau bersama tetamu lain diberikan taklimat ringkas berkenaan situasi semasa selepas banjir dan ketua-ketua kampung turut menjelaskan masalah yang dihadapi oleh kampung mereka sebaik sahaja selepas banjir.

    Beliau yang juga Ahli Parlimen Lawas menggesa ketua-ketua jabatan dan wakil jabatan yang berkaitan untuk mengambil tindakan segera dalam memastikan bantuan dapat disalurkan serta kemudahan yang rosak akibat banjir dapat diganti serta diperbaiki.

    Di majlis yang sama, beliau sempat menghulurkan bantuan bakul makanan serta peruntukan kepada beberapa buah kampung yang mana diterima oleh setiap ketua kampung yang terjejas akibat banjir sebelum diagihkan kepada penduduk yang terkesan.

    Hadir sama dalam rombongan Pegawai Tadbir Pejabag Daerah Lawas; Aminul, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Lawas; Lee, JKR Lawas; Siti Nazirah, Penolong Pegawai Kanan Jabatan Pertanian Lawas; Daroup Mail, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Lawas; Dison Tagal, Setiausaha Induk PBB Cawangan DUN Ba’kelalan dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    22 JULAI, 31 OGOS DAN 16 SEPTEMBER PADA TAHUN 1963: APAKAH...

    0
    MASIH ADA LAGI orang bertanyakan apakah dan mengapakah warga Malaysia merayakan tiga tarikh ini. Semua tarikh ini begitu dekat di antara satu dengan yang...