PUSA, 09 FEBRUARI 2021 (SNN) : Seramai 787 orang penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 bagi pemohon tanpa akaun simpanan bank dari Daerah Pusa dan kawasan sekitar sudah menerima bantuan berkenaan secara tunai bermula semalam sehingga hari ini di perkarangan Dewan Rahmaniah, Pusa.
Program penunaian bantuan anjuran Kementerian Kewangan Malaysia dengan kerjasama Pejabat Daerah Pusa itu dilaksanakan bagi memudahkan mereka yang tidak mempunyai akaun simpanan bank untuk menunaikan bentuan berkenaan.
Dalam masa yang sama, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut hadir sama bagi membuka kaunter pendaftaran dan kemaskini maklumat penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 sebagai inisiatif untuk penduduk kawasan luar bandar membuat permohonan bantuan itu.
Jelasnya, sepanjang program itu berlangsung Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi dan dipantau dengan ketat serta dikawal oleh pihak RELA, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).-SUMBER UKAS.