More
    Home Lain-lain Berkat bulan Ramadan golongan asnaf terus dibantu

    Berkat bulan Ramadan golongan asnaf terus dibantu

    KUCHING, 26 MEI 2019 (SNN) – Antara fadilat bulan Ramadan adalah untuk penderitaan golongan asnaf. Menginsafi sanubari setiap sukarelawan NGO-NGO belia Kampung Semariang Batu (KASBA) lebih-lebih lagi SuSool Team dan rakan-rakan seperjuangan telah menganjurkan Program Menyemai Kasih Aidilfitri.S

    Menurut Pengasas Susool Team, Encik Sulhie Salleh, masih ada ramai penerima yang tidak berpeluang untuk menikmati sumbangan kerana jumlah sumbangan yang agak terhad.

    Sebahagian kanak-kanak menunggu giliran memilih barang mereka.

    Mengambil kesempatan dalam keberkatan Ramadan Kareem, Susool Team dengan kerjasama Unit Saberkas Kampung Semariang Batu, Pergerakan Pemuda PBB Semariang Batu dan Kelab Belia KASBA menggerakkan inisiatif untuk mengadakan Program Menyemai Kasih Aidilfitri KASBA 2019 pada 26 Mei 2019 bertempat di Pusat Beli-belah Boulevard, Kuching bagi menaja 30 orang anak-anak KASBA yang kurang bernasib baik terutamanya yang tergolong sebagai asnaf untuk shopping pakaian raya.

    “Kita menyedari bahawa terdapat golongan anak-anak yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim, miskin dan sebagainya menghadapi kesukaran dalam menyediakan keperluan raya masing-masing. Walaupun terdapat sumbangan daripada pihak berkaitan, saya yakin ada (dalam) kalangan mereka yang tidak berpeluang merasai kesempatan (sumbangan) ini atas sebab jumlah penerima yang layak agak ramai dan dana yang diperuntukan terhad,” kata beliau ketika ditemui.

    Menurut Encik Sulhie Salleh lagi yang juga merupakan Setiausaha PBB Cawangan N.7 Samariang, beliau mengambil inisiatif untuk mengumpul sumbangan peribadi dan korporat serta menyalurkan secara terus kepada anak-anak KASBA yang layak. Lebih membanggakan lagi usaha ini dapat direalisasikan menerusi sokongan dan komitmen yang tinggi daripada aktivis serta NGO belia KASBA yang cukup prihatin.

    “Keterujaan dan perasaan rindok ati anak-anak yang terpancar daripada wajah setiap penerima itu sebenarnya melahirkan kepuasan kepada kami semua. Lebih-lebih lagi, ada dalam kalangan peserta yang kami tanya; ini merupakan kali pertama mereka berkunjung ke pusat beli-belah yang besar seperti ini,” tambah beliau lagi.

    Bagi Ketua Pergerakan Pemuda PBB Kampung Semariang Batu, Encik Jamil Mieso, beliau berpendapat program ini amat baik dan wajar diteruskan.

    “Kalau boleh, (program) sumbangan ini dapat dilanjutkan pada tahun depan kerana manfaatnya yang begitu besar terutamanya dalam meringankan beban keluarga anak-anak KASBA yang tidak berkemampuan.”

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...