More
    Home Bekas Styrofoam (Polystyrene) Dilarang di Bazaar Ramadhan

    Bekas Styrofoam (Polystyrene) Dilarang di Bazaar Ramadhan

    KUCHING, 07 Mei 2019 (SNN)- Penggunaan bekas styrofoam (polystyrene) dilarang di bazaar Ramadhan, justeru  pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) meminta orang ramai yang membeli juadah berbuka puasa di Bazaar Ramadan seliaannya untuk membawa bekas makanan sendiri bagi dibawa balik.

    Menurut DBKU, pihaknya tidak membenarkan penggunaan bekas styrofoam (polystyrene) untuk membungkus makanan bagi memelihara alam sekitar. “Untuk itu, orang ramai digalakkan membawa bekas makanan sendiri bagi tujuan membeli makanan untuk dibawa balik,” katanya dalam satu kenyataan kepada media sempena perasmian tapak Bazar Ramadhan Satok oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, semalam.

    DBKU menyediakan tiga tapak Bazaar Ramadan masing-masing 68 gerai di tapak jualan Semarak, 116 gerai di tapak jualan Sukma Ria dan 93 gerai di tapak jualan di Satok. Ketika bulan Ramadan pelbagai jenis kuih-muih dan moden, jenis makanan, masakan dan minuman dijual dan boleh didapati dalam pelbagai rasa. Menjadi kebiasaan, juadah seperti bubur pedas, nasi hujan panas dan bubur syura turut dijual dan hanya boleh didapati pada bulan Ramadan.

    Abang Jo semasa mengedarkan bubur lambuk kepada para pengunjung Bazaar Ramadhan Satok.

    Pada majlis itu, Ketua Menteri telah mengedarkan kira-kira 200 bungkus bubur lambuk sumbangan Nestle Product Sdn Bhd kepada para pengunjung baazar. Selain itu, Abang Johari turut mengadakan lawatan ke 93 gerai yang menjual juadah yang terdiri daripada pelbagai kuih-muih tradisional dan moden, jenis makanan, masakan dan minuman.

    Hadir sama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak YB Datuk Professor Dr Sim Kui Hian, Datuk Bandar DBKU Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, Penasihat Lembaga DBKU Dato Wee Hong Seng dan Pengurus CCK Kawasan Kuching Chai Min Diang.

    Kemeriahan pengunjung yang datang ke Bazaar Ramadhan Satok

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...