More
    Home Business Bazar Ramadan tambah rezeki dan rapatkan pelbagai kaum Bandaraya Kuching

    Bazar Ramadan tambah rezeki dan rapatkan pelbagai kaum Bandaraya Kuching

    KUCHING, 17 MEI 2019 (SNN) – Bandaraya Kuching sekali lagi dimeriahkan dengan kehadiran bulan Ramadan Mubarak apa bila Bazar Ramadan bermula pada 6 Mei 2019.  Kini Bazar Ramadan banyak bertaburan di bandaraya ini yang berjaya menarik perhatian penduduk yang semakin ramai.  Sebagai bandaraya yang terdiri dari pelbagai suku kaum Bazar Ramadan menarik pelanggan suku kaum yang bukan Muslim.  Di samping itu juga Bazar Ramadan menjadi masa dan tempat untuk menikmati kepelbagaian juadah masyarakat Melayu Sarawak. Peniaga kecil dan sederhana Melayu dan Muslim mendapat tambahan pada bulan yang berkat ini.

    Setelah dibuka semula pada tahun 2016, tapak bazar Ramadan Satok beroperasi sehingga kini dengan sebanyak 93 buah petak jualan yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Bazar Ramadan yang strategik lokasinya ini pernah menerima kedatangan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg ke tapak tersebut dengan bermotosikal kuasa tinggi. 

    Sebanyak 248 petak jualan khusus untuk bazar Ramadan disediakan oleh DBKU. Hal ini membolehkan ramai orang awam berpeluang meraih rezeki Ramadan. Contohnya, di Bazar Ramadan Medan Niaga Satok, tapak tersebut turut menjadi pilihan kunjungan oleh rakyat Sarawak bukan beragama Islam. Antara juadah pilihan ramai yang terdapat di bazar Ramadan tersebut adalah Kuih Bongkol, Umai, Botok. Tapak yang sama turut menyajikan makanan yang ada di semenanjung seperti Nasi Kerabu Ayam Madu yang terdapat di Kelantan Darul Naim. Selain itu, sebuah tapak bazar Ramadan bukan sahaja merupakan punca rezeki ramai orang, malah termasuklah mereka yang kurang upaya penglihatan dengan menjual barangan keperluan harian. Sumbangan Fatin Bakip

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...