BATANG AI, 07 JULAI 2020 (SNN) : Ahli Dewan Undangan (ADUN) Batang Ai, Datuk Malcolm Mussen Lamoh hadir melakukan pemantaun keatas Projek Tebingan Sungai Lubok Antu, semalam.
Beliau merangkap Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak berkata, projek tersebut menelan peruntukan sebanyak RM5 juta dan sekarang sudah hampir siap.
Ujar beliau, pembinaan ini merupakan antara usaha kerajaan negeri bagi memastikan masyarakat setempat memiliki kemudahan dalam tempoh masa panjang serta meningkatkan aktiviti sosioekonomi. -Sumber Ukas.