More
    Home Sarawak Kuching Datuk Julaihi Narawi bersetuju untuk menubuhkan Koperasi Alumni UKM Sarawak

    Datuk Julaihi Narawi bersetuju untuk menubuhkan Koperasi Alumni UKM Sarawak

    KUCHING, 01 JUN 2022 (SNN): Satu jawatankuasa telah ditubuhkan dan hasil daripada mesyuarat bagi menubuhkan Koperasi Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Sarawak tersebut bersetuju ianya akan menjadi realiti tidak lama lagi kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi.

    Berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Gawai bersama alumni UKM Sarawak di salah sebuah hotel terkemuka di Kuching, beliau menjelaskan alumni UKM Sarawak turut menyumbang peranan yang besar semasa negeri ini dilanda wabak Covid-19.

    “Pada tahun lalu, alumni UKM Sarawak telah menyumbang dana berjumlah RM71 ribu kepada tabung Covid-19 Sarawak Disaster Management Centre (SDMC) Sarawak melalui Premier Sarawak untuk membantu kerajaan negeri menangani wabak covid-19 yang mana dana berkenaan adalah hasil dari sumbangan semua alumni sendiri.

    “Dalam pada itu, saya turut memaklumkan kepada semua ahli alumni yang hadir bahawa hasrat untuk menubuhkan satu koperasi alumni UKM Sarawak akan tercapai tidak lama lagi dan kini di peringkat perbincangan oleh jawatankuasa khas,” ujar beliau.

    Datuk Julaihi menyerahkan dana sumbangan kepada Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM Bangi sebagai tanda mengenang jasa UKM kepada kesemua ahli alumni.

    Pada masa yang sama, Datuk Julaihi turut menyampaikan dana sumbangan sebanyak RM30 ribu hasil kutipan daripada alumni UKM Sarawak untuk tabung ‘Give2UKM’ kepada Prof Ir Dr. Mohd Syuhaimi Ab Rahman, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM Bangi sebagai tanda mengenang jasa UKM kepada alumni sehinga menjadi insan yang berjaya.

    Turut hadir sama adalah Timbalan Setiausaha Kerajaan (SUK); Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Mantan SUK; Tan Sri Mohd Morshidi Gani, Ahli Parlimen Igan; Ahmad Johnnie dan ketua-ketua jabatan dari pelbagai agensi.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Premier Sarawak ketuai deligasi dalam lawatan kerja rasmi selama lima hari...

    0
    TOKYO, 16 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg selamat tiba di Tokyo, Jepun...