More
    Home Sarawak Kuching Bangun Infrastruktur Jalan Raya, Perkasa Tahap Pendidikan Di Luar Bandar & Pedalaman

    Bangun Infrastruktur Jalan Raya, Perkasa Tahap Pendidikan Di Luar Bandar & Pedalaman

    KUCHING, 24 MEI 2022 (SNN) : Kerajaan diseru terus memfokuskan membangunkan infrastruktur jalan raya di Sarawak khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus, Wilson Nyabong Ijang memberitahu, ia secara tidak langsung akan menyumbang kepada pemerkasaan pendidikan kanak-kanak di kawasan tersebut.

    “Kita kerap mendengar kisah berkenaan cabaran yang dihadapi golongan pelajar di mana mereka terpaksa meredah hutan dan sungai antara lain selama berjam hanya untuk sampai ke sekolah.

    “Sekiranya mereka perlu menghabiskan banyak masa untuk perjalanan ke sekolah, ia semestinya akan memakan daripada masa yang sebaliknya harus digunakan untuk mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja rumah,’’ jelasnya.

    Beliau berkata demikian pada usul penghargaan atas ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 di sini pada Isnin.

    Sehubungan itu, Wilson menegaskan, isu tersebut dapat diatasi dengan pelaksanaan rangkaian jalan raya yang baik secepat mungkin.

    Sementara itu, ADUN Pelagus itu turut menggesa agensi pelaksana serta pihak berkepentingan lain agar meneliti punca berlakunya masalah projek sakit.

    “Dengan peningkatan kos bahan binaan ditambah dengan kos pengangkutan, ia pasti akan menjejaskan pelaksanaan projek infrastruktur di Sarawak khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman,’’ ujarnya.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Faizzil Affandi dinobat juara Qari Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Sarawak...

    0
    KOTA SAMARAHAN, 28 FEBRUARI 2025: Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Ke-64 telah melabuhkan tirainya di Dewan Suarah Kota Samarahan pada Khamis...