More
    Home Sarawak Limbang Pelbagai projek pembangunan sedang dirancang untuk bangunkan Daerah Kecil Sundar, Lawas.

    Pelbagai projek pembangunan sedang dirancang untuk bangunkan Daerah Kecil Sundar, Lawas.

    LAWAS, 08 MEI 2022 (SNN): Kawasan Daerah Kecil Sundar merupakan kawasan baru dan ini memudahkan Kerajaan Sarawak merancang projek dan melaksanakan untuk pembangunan di kawasan tersebut.

    Menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, pembinaan surau ini merupakan salah satu projek pembangunan masyarakat dan selepas ini akan ada banyak lagi pembangunan demi untuk kesejahteraan masyarakat.

    “Dicadangkan beberapa pembangunan melibatkan kemudahan sosial dan kegiatan ekonomi. Di sini sudah ada Rimbunan Kasih dengan produknya iaitu buah Rock Melon sudah dieksport ke Singapura.

    “Usahakan tanah-tanah ini menggunakan teknologi baru dengan berbagai macam jenis tanaman. Walaupun tanah kecil tetapi pengeluarannya tinggi dan ini adalah peluang untuk kita menambahkan pendapatan,” katanya semasa berucap dalam Majlis Kesyukuran dan Ramah Tamah Aidilfitri di Surau Kampung Tanjung Katong, Sundar pada Sabtu.

    Ujar Datuk Amar Awang Tengah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari lagi, memandangkan Sundar merupakan kawasan rendah, Kerajaan Sarawak kini sedang berusaha mengatasi masalah banjir.

    “Kita kini sedang merancang untuk mendalamkan lagi kuala sungai dan meluruskan kawasan sungai yang bengkok. Jika ini dapat dilakukan maka ia akan dapat mengatasi masalah banjir,” ujarnya.

    Hadir sama Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Pemangku Residen Bahagian Limbang Sebi Abang, Setiausaha Politik Premier Sarawak Awangku Zainal Abidin Dato Pengiran Jawa dan Ketua Kampung Tanjung Katong Bujang Batang.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Muhammad Nazmi, Guru dari Sarawak Tersenarai 10 Finalis Anugerah Guru Global...

    0
    KUCHING, 31 JANUARI 2025 (SNN): Terkenal dengan pendekatan pengajaran dalam bilik darjah yang inovatif dan pelbagai inisiatif pacu pembangunan komuniti, seorang pendidik dari Sarawak,...