More
    Home Sarawak Kuching Premier Sarawak berkunjung ke Rumah Terbuka Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak

    Premier Sarawak berkunjung ke Rumah Terbuka Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak

    KUCHING, 08 MEI 2022 (SNN) : Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Isteri Datuk Amar Hajah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang meluangkan masa berkunjung ke Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi pada Jumaat.

    Rumah terbuka itu juga turut dihadiri rakan menteri yang lain iaitu Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, Menteri Industri Kreatif dan Seni Persembahan dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, ADUN Satok, Datuk Ibrahim Baki.

    Berucap pada majlis berkenaan, Abang Johari menjelaskan rundingan di antara Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan berhubung formula yang sesuai bagi pengagihan geran khas kepada negeri ini masih diadakan yang mana geran khas itu di bawah Perkara 112D, Perlembagaan Persekutuan dan mesti berteraskan formula yang akan dipersetujui antara Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan.

    “Formulanya ialah kalau negara kita mempunyai pendapatan yang baik, apabila ekonomi kita baik, maka kita agihkan (geran khas itu) menerusi satu formula yang dipersetujui di antara Kerajaan Persekutuan dan kita (Sarawak).

    “Sebaliknya apabila keadaan ekonomi negara tidak memuaskan sudah tentu pendapatan negara menurun dan jumlah agihan geran khas kepada Sarawak juga menurun mengikut formula itu,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, pada Jumaat.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dan isteri hadir sama ke majlis yang dianjurkan rakan di kementerian beliau.

    Tambah beliau, hal ini akan menjadi lebih adil kepada kedua-dua pihak, sebab itu dalam rundingan sekarang, kita masih lagi berunding mengenai formula yang sesuai yang boleh diguna pakai untuk mengagihkan geran di bawah Perkara 112D.

    Sementara itu, mengenai perpindahan penduduk kampung kawasan Seberang Hilir ke Perumahan Darul Hana di sini yang dibiayai pembinaannya oleh Kerajaan Sarawak, Abang Johari berkata pihaknya mempunyai tatacara untuk memindahkan penduduk berkenaan.

    “Saya telah mengarahkan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) bersama wakil rakyat kawasan untuk meneruskan pemindahan itu.

    “Pemindahan itu mempunyai dua kategori iaitu keluarga asal dan keluarga besar. Keluarga besar ini kita pertimbangkan untuk diberi rumah tetapi di kawasan lain iaitu Sungai Bedaun,” tambahnya.

    Sementara itu, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata dijangka kumpulan pertama hampir 500 ketua isi rumah di kampung kawasan Seberang Hilir akan berpindah ke Perumahan Darul Hana pada 1 Ogos depan.

    “Kampung Pulo Ulu, Kampung Panglima Seman Ulu dan Kampung Pulo Hilir akan melaksanakan proses sama apabila fasa kedua dan ketiga rumah yang sedang dibina di Darul Hana siap pada 2023 hingga 2025,” katanya.

    Beliau berkata, kesemua penduduk 13 kampung kawasan Seberang Hilir membabitkan 2,640 ketua isi rumah akan berpindah ke perumahan itu sehingga 2030.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Program Grid Bekalan Air Sarawak kini capai 88 peratus siap-Julaihi

    0
    KUCHING, 20 NOVEMBER 2024: Program Grid Bekalan Air Sarawak bagi kawasan tumpuan yang melibatkan sebanyak 304 projek kini berada di fasa terakhir yang mana...