More
    Home Malaysia Belia Kampung Mang hidupkan legasi 1969, Piala Aidilfitri Edisi ke-57

    Belia Kampung Mang hidupkan legasi 1969, Piala Aidilfitri Edisi ke-57

    KOTA SAMARAHAN, 06 MEI 2022 (SNN) : “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas” bidalan tersebut mencerminkan tekad dan hasrat Kelab Belia Kampung Mang dalam meneruskan legasi ‘Piala Aidilfitri Kampung Mang’ 2022 Edisi ke-57 yang telah diadakan sejak tahun 1969 yang lalu.

    Menurut Sdr. Edd Osman; penyelaras program ketika ditemui berkata, acara ini merupakan warisan orang-orang lama yang wajar diteruskan.

    “Malah, kita turut menyediakan medium untuk anak-anak muda bukan sahaja beraksi dengan para pemain lama, akan tetapi turut menyemai semangat Syawal yang mengutamakan nilai ukhwah dan persaudaraan sebagai tunjang perpaduan.

    “Sebagai anak jati Kampung Mang, kita semestinya amat berbangga kerana padang keramat ini juga pernah melahirkan bakat besar yang masih lagi aktif bermain dengan PDRM seperti Safiee Ahmad,” Ujar beliau lagi.

    Dari kiri, saudara Nazrul Firdzah Yunus; Penolong Pegawai Tadbir Kementerian Luar Negeri Putrajaya dan para finalis Piala Aidilfitri Kampung Mang 2022 Edisi ke-57.

    Selain itu, Sdr. Awang Razali Awang Sulaiman; Pengerusi Kelab Belia Kampung Mang, turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada penganjuran program pada kali ini.

    Untuk rekod, penganjuran terakhir adalah pada tahun 2015 (Edisi ke-56) yang telah mempamerkan kehebatan pasukan daripada Zon 2 menggondol kejuaraan bagi tempoh tiga tahun berturut-turut.

    Keputusan penuh edisi ke-57 kali ini pula menyaksikan pasukan SMK yang terdiri daripada para pelajar sekolah muncul juara setelah mengalahkan pasukan ‘legend’ Zon 2 dengan kemenangan tipis 1-0. Tempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan Zon 1.

    Acara sukan-raya tertutup ini turut dihadiri oleh Penasihat Program Sdr. Nazrul Firzadh dan Sdr. Yusuf Jalli selaku penaja trofi dan penasihat program merangkap EXCO SABERKAS Samariang.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak perluas akses internet di negeri ini di bawah Program...

    0
    KUCHING, 18 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak terus melaksanakan langkah proaktif untuk memperluas liputan internet di negeri ini melalui program Sarawak Linking Urban, Rural and...