More
    Home Malaysia Pertahankan perpaduan dan disiplin PBB demi memperkukuhkan sesebuah parti-Datuk Julaihi

    Pertahankan perpaduan dan disiplin PBB demi memperkukuhkan sesebuah parti-Datuk Julaihi

    MIRI, 24 APRIL 2022 (SNN) : Naib Yang Di Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak merangkap Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi berkesempatan merasmi dan menyelaraskan mesyuarat Perwakilan Tiga Tahun Sekali Cawangan PBB N.73 Piasau bertempat di Hotel Eastwood Valley, Golf & Country, di sini, semalam.

    Dalam sesi ucapan beliau, Datuk Julaihi menyeru agar semua ahli dan keseluruhan kepimpinan PBB amnya untuk terus mempertahankan serta memupuk perpaduan dan disiplin parti yang menjadi elemen penting kepada kekuatan sesebuah parti.

    Tambahnya, PBB yang juga merupakan tulang belakang kepada Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) Sarawak telah banyak memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat maka setiap ahli dalam parti perlu menjaga imej parti agar rakyat terus memberi kepercayaan kepada parti PBB untuk memimpin negeri ini.

    Datuk Julaihi menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Penyelaras mesyuarat pada kali ini yang turut dibantu oleh PS Sarkawi Suhaili.

    Dalam masa yang sama, beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Cr Haji Julaihi Mohamad selaku Ketua Cawangan N.73 Piasau, En Abdul Samad Mohamed Ali selaku Timbalan Ketua Cawangan, En Cho Ak Nyalo selaku Naib Ketua Cawangan dan kesemua 19 orang Ahli Jawatankuasa Cawangan yang masing-masing telah menang tanpa bertanding dalam proses pengundian bagi sesi tahun 2022-2025.

    Turut hadir sama Ahli Parlimen Sibuti; YB Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; YB Dr Ripin Lamat dan ahli PBB yang lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Program Grid Bekalan Air Sarawak kini capai 88 peratus siap-Julaihi

    0
    KUCHING, 20 NOVEMBER 2024: Program Grid Bekalan Air Sarawak bagi kawasan tumpuan yang melibatkan sebanyak 304 projek kini berada di fasa terakhir yang mana...