More
    Home Sarawak Kuching SABERKAS Samariang santuni anak-anak yatim dan asnaf sempena sambutan Aidilfitri yang bakal...

    SABERKAS Samariang santuni anak-anak yatim dan asnaf sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba

    KUCHING, 23 APRIL 2022 (SNN) : SABERKAS Cawangan Samariang merai dan menyantuni anak-anak yatim dan asnaf sebagai persediaan mereka untuk menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal tiba.

    Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Sarawak, merangkap Pengerusi SABERKAS Cawangan Samariang Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, sumbangan itu diberikan dalam bentuk barangan kelengkapan Aidilfitri seperti baju raya, kasut dan lain-lain keperluan.

    “Seramai 30 orang anak yatim dan asnaf dari Unit-unit SABERKAS Cawangan Samariang di sini, menerima manfaat sumbangan RM150 setiap seorang. Semoga sumbangan kecil yang disalurkan ini dapat mengukir senyuman besar di wajah anak-anak ini dan berharap agar mereka lebih seronok serta ceria menyambut kemeriahan Aidilfitri pada tahun ini.”

    “Hasrat kita supaya mereka yang kurang bernasib baik tetap dapat meraikan Syawal dengan meriah,” katanya pada Program Cahaya Prihatin Aidilfitri SABERKAS di Pusat Membeli-belah Boulevard, di sini.

    Datuk Sharifah Hasidah turut berkesempatan hadir beramah mesra bersama anak-anak yatim dan asnaf yang diraikan di pusat membeli-belah Boulevard, Kuching.

    Sementelah, negara pada masa ini berada dalam fasa peralihan ke Fasa Endemik, jadi sudah tentu semua teruja hendak beraya, justeru SABERKAS Samariang mengambil inisiatif ini dan mahu anak-anak ini turut diberi perhatian menerusi program tanggungjawab sosial SABERKAS.

    Turut hadir sama Setiausaha Eksekutif SABERKAS Negeri Sarawak; Encik Iszuan Haroni, Naib Pengerusi 1 SABERKAS Samariang; Encik Sulhie Salleh dan EXCO SABERKAS Negeri Sarawak.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Program Grid Bekalan Air Sarawak kini capai 88 peratus siap-Julaihi

    0
    KUCHING, 20 NOVEMBER 2024: Program Grid Bekalan Air Sarawak bagi kawasan tumpuan yang melibatkan sebanyak 304 projek kini berada di fasa terakhir yang mana...