More
    Home Sarawak Kuching Datuk Julaihi melakukan lawatan kerja ke tapak Projek Bekalan Air Fasa 1...

    Datuk Julaihi melakukan lawatan kerja ke tapak Projek Bekalan Air Fasa 1 Samariang yang dijangka siap pada Mei 2022 ini

    KUCHING, 13 APRIL 2022 (SNN) : Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi baru-baru ini mengadakan lawatan kerja ke tapak Bekalan Air Fasa  Samariang bagi melihat sendiri perkembangan terkini projek berkenaan.

    Menurut beliau, pelaksanaan projek bekalan air berkenaan yang dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2022 bertujuan bagi menambah dan membaiki sistem bekalan air terawat dan bersih serta menampung permintaan air yang tinggi pada masa akan datang.

    “Projek Bekalan Air Samariang Fasa 1 yang dilaksanakan oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) ini merangkumi beberapa komponen iaitu stesen pam penggalak baharu untuk kawasan Bandar Samariang, Tangki Aras Tinggi yang berkapasiti 12 JL, Paip berdiameter 700 mm sepanjang 3 Kilometer dari stesen pam dan disambung ke paip sedia ada.

    “Selain itu, pap berdiameter 1200 mm sepanjang 13 km disepanjang Jalan FAC Matang-Batu Kawa turut dilaksanakan selain kerja-kerja M&E (pam penggalak dan elektrik),” kata beliau dalam satu kenyataan.

    Datuk Julaihi melakukan lawatan di salah satu stesen pam penggalak yang merupakan salah satu komponen daripada projek berkenaan.

    Untuk rekod, Projek Bekalan Air Samariang Fasa 1 merupakan projek dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak dengan kos keseluruhan sebanyak RM85 juta yang bertujuan bagi mencapai hasrat kerajaan negeri 100 peratur liputan bekalan air seluruh Sarawak menjelang 2025.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...