More
    Home Malaysia Ahli Parlimen Batang Sadong serah cek sumbangan kepada 19 masjid dan surau...

    Ahli Parlimen Batang Sadong serah cek sumbangan kepada 19 masjid dan surau sempena ramadan 2022

    SIMUNJAN, 09 APRIL 2022 (SNN) : Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya, Dato Sri Nancy Shukri telah menyampaikan cek sumbangan bagi dana tahun 2022 kepada 9 buah masjid dan 10 surau di bawah kawasan DUN Simunjan dan Gedong.

    Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong melakukan penyerahan sumbangan itu sempena Majlis Sumbangan Ramadan kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum serta Pengerusi dan Imam Masjid dan Surau di Masjid Daerah Simunjan pada Jumaat.

    Katanya, sumbangan itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada pucuk kepimpinan di peringkat masyarakat dan komuniti yang telah bertungkus lumus dalam melaksanakan tugas mereka bersama komuniti di sini.

    “Saya berharap agar peruntukan ini digunakan sebaiknya dalam usaha melahirkan ummah yang taat kepada Allah SWT dan sentiasa mensyukuri nikmat dan pemberiannya,” katanya.

    Dato’ Nancy Syukri menyempurnakan sumbangan penghargaan kepada KMKK dan Pengerusi, Imam Masjid dan Surau pada Jumaat.

    Dalam majlis sama, Dato Sri Nancy bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris turut melawat dan menyempurnakan Program Lambaian Ramadan Bubur Lambuk Belia Simunjan di perkarangan Masjid Darul Hijrah, Simunjan.

    Turut hadir ke program berkenaan ialah Pegawai Daerah Simunjan; Abdul Khalid Manap; Setiausaha Majlis Daerah Simunjan; Mohd Rizal Zakaria, Penghulu Ahmad Dol Bin Simpol, Pengerusi Masjid Darul Hijrah; Len Sol, Ketua Pergerakan Wanita PBB Simunjan; Rosita Poni dan Ketua Pergerakan Pemuda Simunjan; Mohammad Zaini Morshidi.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...