More
    Home Sarawak Kuching Perjuangan Rosli Dhoby dan Rukun 13 mempertahankan bangsa dan agama wajar dicontohi...

    Perjuangan Rosli Dhoby dan Rukun 13 mempertahankan bangsa dan agama wajar dicontohi generasi sekarang-Datuk Noraden Majais

    KUCHING, 03 MAC 2022 (SNN) : Semangat dan kisah pengorbanan pembela bangsa Melayu seperti Rosli Dhoby dan Rukun 13 perlu dihayati dan dijadikan contoh dalam membentuk semangat serta akhlak peribadi generasi muda kini dalam mempertahankan agama dan bangsa Melayu di negeri ini.

    Menurut Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) Datuk Noraden Majais, semangat juang Rosli Dhoby dan rakan-rakan yang lain membuktikan mereka mempunyai semangat cintakan tanah air yang tinggi dalam membela nasib bangsa dan tanah air daripada dijajah oleh orang luar.

    “Dalam erti kata lain, Rosli Dhoby dan Rukun 13 ini merupakan simbol keberanian anak-anak muda Melayu yang begitu teguh pada asas perjuangan mempertahankan maruah bangsa dan tanah air yang wajar ditanam dalam setiap generasi muda sekarang.

    “Salah satu cara untuk memupuk semangat juang yang tinggi adalah dengan memahami sejarah dan melibatkan diri dalam program-program yang menayangkan sejarah perjuangan pejuang terdahulu seperti program hari ini ‘SAMAceramah 2022: Syarahan Rosli Dhoby dan Rukun 13’ yang dianjurkan setiap tahun,” kata beliau ketika berucap merasmikan Program SAMAceramah 2022: Syarahan Rosli Dhoby dan Rukun 13 yang mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Dewan Seminar, Wisma Sumber Asli, Kuching, pagi tadi.

    Datuk Noraden Majais (dua dari kanan) menerima T-shirt Rukun 13 dari AKYBMS sebagai tanda kenang-kenangan selepas merasmikan SAMAceramah di Dewan Seminar, Wisma Sumber Asli.

    Tambah beliau, AKYBMS kini menjadi tunjang utama untuk membela masyarakat melayu dan agama Islam di Sarawak dengan menyampaikan maklumat-maklumat melalui pelbagai platform media agar semangat juang membela nasib bangsa Melayu dan agama di tanah Ibu Pertiwi terus hidup dalam dada setiap generasi khususnya anak muda.

    Jelasnya, beliau berharap program seperti ini dapat dilaksanakan dan diteruskan setiap tahun agar mesej penting berkaitan sejarah tanah air khususnya Sarawak tercinta dapat diperluaskan dan sampai kepada semua lapisan generasi sekarang.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...