More
    Home Malaysia Projek Pengambilan Sumber Air Batang Rajang untuk Tanjung Manis dijangka siap sepenuhnya...

    Projek Pengambilan Sumber Air Batang Rajang untuk Tanjung Manis dijangka siap sepenuhnya penghujung Jun 2022 ini-Menteri Utiliti dan Telekomunikasi

    SIBU, 01 MAC 2022 (SNN) : Projek Pengambilan Sumber Air dari Batang Rajang untuk dibekalkan ke Tanjung Manis yang kini dalam proses pembinaan dengan 70.4 peratus kemajuan fizikal dijangka siap sepenuhnya penghujung pertengahan tahun ini kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi.

    Tambah beliau, projek yang dilaksanakan oleh Lembaga Air Sibu tersebut mempunyai kapasiti 20 MLD dan dibina dengan kos sebanyak RM16.8 juta yang dilaksanakan oleh kontraktor Hock Seng Lee melalui tender terbuka.

    “Kolam ini yang memiliki panjang hampir satu kilometer dengan kedalaman 3 meter serta lebar 100 meter berupaya menyimpan 65 MLD air mentah dari Sungai Rajang sebelum diproses sepenuhnya untuk disalurkan ke kawasan Tanjung Manis.

    “Tempoh enam bulan diperlukan untuk komision (6 months to commission) keseluruhan paip di Tanjung Manis sebelum sistem bekalan air dapat disalurkan sepenuhnya ke kawasan Tanjung Manis pada Disember 2022 depan,” kata beliau semasa melakukan lawatan kerja ke tapak projek Pengambilan Sumber Air Batang Rajang di Sibu, semalam.

    Datuk Julaihi Narawi meninjau sendiri perkembangan projek sumber air yang kini telah siap 70.4%-Sumber FB Datuk Julaihi.

    Jelas beliau, dengan adanya pelaksanaan projek bekalan air bersih yang memanfaatkan sumber air dari Sungai Batang Rajang itu kelak dapat menyalurkan bekalan air bersih yang berterusan kepada penduduk di seluruh kawasan Tanjung Manis.

    Turut hadir sama YB Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi; Menteri Muda Utiliti, YB Michael Tiang; Menteri Muda Kesihatan Awam merangkap ADUN Pelawan, Dato Alice Jawan; Setiausaha Tetap Kementerian MUT, Ir Abdul Malik@Itin Abdullah, En Vincent Ling Wakil Konsultan Jurutera JASA, jurutera dan pegawai dari kementerian MUT serta Lembaga Air Sibu dan Konsultan Jurutera JASA.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RUU yang diluluskan semasa persidangan DUN baru-baru ini beri impak besar...

    0
    KUCHING, 10 JANUARI 2025: Kelulusan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) baharu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada bulan Mei dan November tahun lalu...