More
    Home Sarawak Kuching Gelaran "Premier Sarawak" menggantikan Ketua Menteri berkuat kuasa hari ini-Setiausaha Kerajaan Negeri...

    Gelaran “Premier Sarawak” menggantikan Ketua Menteri berkuat kuasa hari ini-Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak

    KUCHING, 01 MAC 2022 (SNN) : Gelaran ‘Premier Sarawak’ menggantikan gelaran Ketua Menteri Sarawak dengan rasminya digunapakai berkuat kuasa mulai hari ini.

    Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion menerusi kenyataan media pada Selasa memaklumkan, Pejabat Ketua Menteri Sarawak juga ditukarkan kepada Pejabat Premier Sarawak.

    Jelasnya, bagi jawatan Timbalan Ketua Menteri pula kini ditukar kepada Timbalan Premier dan Menteri Muda digantikan dengan Timbalan Menteri.

    Kenyataan rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak bertarikh 1 Mac 2022

    Untuk rekod, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 15 Februari lepas telah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 untuk menukar gelaran jawatan ‘Ketua Menteri’ kepada ‘Premier’ dengan sokongan majoriti lebih dua pertiga ahli dewan termasuk pertukaran gelaran ‘Menteri Muda’ kepada ‘Timbalan Menteri’.

    Must Read

    Sarawak berpoetensi besar sebagai kawasan pertumbuhan ekonomi di Asia Pasifik

    0
    KUCHING, 19 APRIL 2025: Amalan dasar Sarawak yang berteraskan tenaga hijau yang boleh diperbaharui sebagai sumber ekonomi baharu mendapat pengiktirafan daripada Forum Ekonomi Dunia...