More
    Home Sarawak Kuching Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi bersama MCMC bekerjasama meningkatkan penyediaan kemudahan jaringan 4G...

    Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi bersama MCMC bekerjasama meningkatkan penyediaan kemudahan jaringan 4G seluruh Sarawaj menjelang tahun 2030

    KUCHING, 112 FEBRUARI 2022 (SNN) : Liputan Internet 4G di kawasan berpenduduk di Sarawak dijangka mencapai kadar 100 peratus menjelang tahun depan demikian kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi semasa lawatan kerja beliau ke Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Sarawak, semalam.

    Beliau berkata berdasarkan maklumat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), sebanyak 82.86 peratus dari kawasan berpenduduk di Sarawak sudah mendapat liputan tahap 4G pada tahun lepas.

    Bercakap kepada pemberita selepas melawat pejabat MCMC Sarawak di sini, Julaihi berkata sebanyak 636 menara baharu dengan kos RM4.09 bilion akan dibina di bawah fasa pertama program Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk mencapai sasaran itu.

    “Sebanyak 299 menara JENDELA Fasa Satu telah dianugerahkan kepada penyedia perkhidmatan yang dilantik pada Januari 2022 dan dijangka beroperasi pada suku ketiga 2023.

    “Baki 337 menara lagi dijangka dibina bermula Mac ini dan dijangka siap tahun depan,” katanya sambil menambah menara terbabit merupakan tambahan kepada 106 menara baharu 4G yang sedang dalam pelaksanaan di Sarawak dan dijangka beroperasi menjelang suku kedua 2023.

    Datuk Julaihi hadir mendengar taklimat berkenaan usaha pelaksanaan JENDELA yang diterajui bersama KKMM.

    Julaihi juga berkata sebanyak 2,442 stesen pemancar di Sarawak telah dinaik taraf kepada rangkaian 4G manakala 572 lagi menjelang bulan depan.

    Beliau berkata sebanyak 523 lokasi dikenal pasti untuk pemasangan satelit di bawah pelan JENDELA bagi mengatasi masalah capaian jalur lebar di kawasan terpencil supaya penduduk boleh mengakses perkhidmatan itu secara percuma selama dua tahun.

    “Kemudahan alternatif ini telah mula dilaksanakan pada Oktober 2021 dan setakat ini, sebanyak 418 lokasi telah siap pemasangan dan beroperasi manakala baki 105 lokasi lagi dijadualkan siap menjelang Mei 2022,” katanya.

    Turut hadir sama Menteri Muda di Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Haji Abdul Rahman Junaidi dan Datuk Liwan Lagang; Ketua Pegawai Eksekutif MCMC, Encik Nizam Arshad; Tuan Haji Roslan Mohamad, Ketua Bahagian Transformasi dan Koordinasi Negeri; Encik Adiman Ajem, Pengarah MCMC Sarawak; Dr Zaidi Razak, Pengurus Besar SMA serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak (MUT) dan SKMM@MCMC Sarawak.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerjasama Sarawak dengan Mitsubishi Power bukti kukuh untuk wujudkan ekonomi berasaskan...

    0
    HYOGO, 19 DISEMBER 2024: Industri hidrogen akan memainkan peranan transformatif dalam landskap tenaga global dan Sarawak komited untuk berada di barisan hadapan dalam evolusi...