More
    Home Sarawak Limbang Awang Tengah mahu projek naiktaraf jalan masuk ke Bandar Limbang diteruskan, ketepikan...

    Awang Tengah mahu projek naiktaraf jalan masuk ke Bandar Limbang diteruskan, ketepikan dahulu kawasan tebing yang retak.

    LIMBANG, 09 FEBRUARI 2022 (SNN) : Projek Menaik Taraf Jalan Masuk Ke Bandar Limbang Kepada Dua Laluan Sehala bandar Limbang sepanjang 1.1 kilometer (km) yang mengalami kelewatan sebanyak 44 peratus akan diteruskan.

    Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, kelewatan ini adalah disebabkan masalah slip bank failure on the waterfront project.

    “Disebabkan masalah berkenaan pihak Majlis Daerah Limbang telah pun mengarahkan RECODA untuk memberhentikan kerja-kerja pembesaran jalan ini. Keduanya adalah disebabkan berkaitan isu pemindahan kabel bawah tanah Sarawak Energy Berhad (SEB).

    “Projek di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) yang bernilai RM15.9 juta ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan April 2022 yang akan melancarkan aliran trafik masuk ke bandar Limbang pada waktu puncak,” katanya semasa ditemui media selepas mengadakan lawatan ke tapak projek Menaik Taraf Jalan Masuk Ke Bandar Limbang Kepada Dua Laluan Sehala pada Isnin.

    Mengulas lanjut, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga ADUN Bukit Sari menambah, beliau telah mengadakan perbincangan dengan pihak kontraktor dan mengambil beberapa keputusan yang disifatkan sebagai langkah terbaik ketika ini.

    “Kita tidak dapat tunggu untuk slip failure yang berlaku di Projek Waterfront itu untuk directify kerana ia akan mengambil sedikit masa. Oleh itu, kita telahpun bersetuju supaya kita potong kawasan tertentu dari tebing yang retak dan tunggu mereka menyelesaikan masalah yang timbul berkaitan waterfront yang jatuh itu,” jelasnya.

    Ujar beliau lagi, kerja-kerja berkaitan pemindahan kabel bawah tanah SEB akan dibuat dalam masa terdekat dan dikendalikan sendiri Sarawak Energy Berhad (SEB) bagi memastikan tidak berlaku masalah lain yang akan timbul.

    Turut sama hadir Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Limbang; Datuk Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau; Paulus Palu Gumbang, bekas Residen Bahagian Limbang; Ir. Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pemangku Residen Bahagian Limbang; Sebi Abang, Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA); Ubaidillah Abdul Latip dan Pegawai Daerah Limbang; Superi Awang Said.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerjasama Sarawak dengan Mitsubishi Power bukti kukuh untuk wujudkan ekonomi berasaskan...

    0
    HYOGO, 19 DISEMBER 2024: Industri hidrogen akan memainkan peranan transformatif dalam landskap tenaga global dan Sarawak komited untuk berada di barisan hadapan dalam evolusi...