More
    Home Sarawak Limbang SABERKAS Batu Danau anjur kejohanan badminton peringkat DUN Batu Danau bagi menggealakkan...

    SABERKAS Batu Danau anjur kejohanan badminton peringkat DUN Batu Danau bagi menggealakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat

    LIMBANG, 04 FEBRUARI 2022 (SNN) : Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Kampung Bidang telah menganjurkan Pertandingan Badminton di Dewan Kampung Bidang selama dua hari bagi memupuk semangat kesukanan dalam kalangan belia dan masyarakat kampung.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau merangkap Pengerusi SABERKAS Cawangan Batu Danau, Paulus Palu Gumbang yang hadir bagi menyempurnakan Majlis Penutupan Pertandingan Badminton itu dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang baru-baru ini menjelaskan penganjuran aktiviti bersukan dan riadah perlu dipupuk bagi melahirkan generasi yang sihat.

    Penganjuran ini juga merupakan salah satu daripada pengisian aktiviti SABERKAS setiap tahun dengan objektif utama bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan budaya hidup sihat melalui bersukan, mengeratkan hubungan perpaduan dan meningkatkan lagi kerjasama berpasukan.

    Sekitar berlangsungnya pertandingan beregu badminton yang disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat.

    Pertandingan yang terbuka kepada semua ahli SABERKAS Cawangan Batu Danau dan masyarakat di DUN Batu Danau terbahagi kepada beberapa kategori regu lelaki dan wanita. Pertandingan yang berlangsung selama dua hari ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan 40 regu lelaki dan 17 regu wanita menyertainya.

    SABERKAS berharap akan lebih banyak aktiviti riadah dan sukan yang akan dapat dilaksanakan dalam masa akan datang dengan kerjasama daripada masyarakat kampung bagi membentuk komuniti yang sihat disamping bebas daripada aktiviti tidak sihat dengan aktif dalam kegiatan sukan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pelantikan SEB sebagai penaung Majlis Tenaga Dunia bukti Sarawak diiktiraf di...

    0
    ABU DHABI, 07 NOVEMBER 2024: Pelantikan Sarawak Energy Berhad (SEB), syarikat utiliti milik Sarawak sebagai penaung global Majlis Tenaga Dunia (WEC) bukti dunia kini...