More
    Home Malaysia Datuk Julaihi mahu perhubungan Internet/Wifi Luar Bandar perlu dilengkap segera

    Datuk Julaihi mahu perhubungan Internet/Wifi Luar Bandar perlu dilengkap segera

    SEBUYAU, 30 JANUARI 2022 (SNN) : Kementerian Telekomunikasi dan Utiliti mahu pembekal perkhidmatan telekomunikasi bekerjasama membantu kerajaan untuk meningkatkan rangkaian komunikasi di Sarawak terutama di kawasan luar bandar.

    Menterinya, Datuk Julaihi Narawi berkata, ia berikutan permintaan penduduk luar bandar yang memerlukan capaian internet yang baik dan ini tidak boleh dipandang ringan memandangkan keadaan semasa yang sudah berubah dengan adanya infrastruktur yang semakin baik serta kemajuan teknologi.

    “Oleh itu, saya minta semua pembekal perkhidmatan seperti syarikat Digi, Celcom, Maxis dan sebagainya menilai semula pendekatan mereka dalam menyediakan jaringan perkhidmatan di luar bandar,” katanya.

    “Kita mahu mereka menyediakan jaringan telekomunikasi di seluruh menara yang ada di Sarawak kerana kita tidak mahu berlakunya pembaziran di negeri ini yang mempunyai banyak menara telekomunikasi,” katanya pada sidang selepas mengadakan tinjauan liputan telekomunikasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sarawak, Sarawak Digital Economy Berhad (SDEC) dan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) di Dewan Masyarakat Sg Ladong, Sebuyau, semalam.

    Ketibaan Datuk Julaihi disambut meriah dengan paluan kompang dari kumpulan hadrah Kampung Sg Ladong.

    Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau turut mendedahkan, kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi pada Februari ini untuk mencari jalan penyelesaian.

    Sebagai contohnya, peniaga PKS/SME, pegawai dan kakitangan kerajaan,guru-guru dan pelajar perlu capaian internet/wifi tanpa henti sepanjang masa. Pembinaan projek di Sebuyau seperti projek perumahan yang dikendalikan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) di bandar baharu Sebuyau melibatkan pembinaan 235 unit rumah juga memerlukan kemudahan jaringan internet yang baik pada masa akan datang.

    Jelas beliau, perancangan teliti dan perlaksanaan berkesan melalui beberapa agensi kerajaan negeri Sarawak dan kerajaan pusat perlu dilakukan segera untuk menangani keperluan ini agar masyarakat di kawasan luar bandar khususnya dapat menikmati pembangunan yang sama rata dengan mereka yang berada di bandar.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pelantikan SEB sebagai penaung Majlis Tenaga Dunia bukti Sarawak diiktiraf di...

    0
    ABU DHABI, 07 NOVEMBER 2024: Pelantikan Sarawak Energy Berhad (SEB), syarikat utiliti milik Sarawak sebagai penaung global Majlis Tenaga Dunia (WEC) bukti dunia kini...