More
    Home Malaysia JKKK dan PPWS Kampung Sungai Nyamuk terima geran MRP bernilai RM15,000 dari...

    JKKK dan PPWS Kampung Sungai Nyamuk terima geran MRP bernilai RM15,000 dari ADUN Sebuyau

    SEBUYAU: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) dan Persatuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Kampung Sungai Nyamok menerima cek ‘Outright Grant’ (OG) berjumlah RM15,000.

    Penyerahan cek bernilai RM10,000 tersebut telah disampaikan oleh Tuai Rumah Kampung Sungai Nyamok, James Jimbat kepada JKKK Kampung Sungai Nyamok dan RM5,000 kepada PPWS kampung berkenaan, pada Rabu.

    Cek tersebut merupakan inisiatif dan peruntukan menerusi Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi untuk kegunaan program kemasyarakatan dan komuniti di Kampung Nyamuk.

    James yang mewakili penerima cek merakamkan penghargaan kepada Datuk Julaihi atas peruntukan itu dan akan dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk masyarakat.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr. Wan Junai akan menyampaikan...

    0
    KUCHING, 09 JANUARI 2025: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dijadualkan menyampaikan syarahan negarawan sempena pembukaan Tahun Perundangan...