KUCHING, 13 JANUARI 2022 (SNN) : Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga 15 Januari 2022 ini. Menerusi kenyataan itu, terdapat beberapa seksyen tahap waspada dan tahap buruk dikeluarkan bagi memberi amaran awal kepada penduduk di Sarawak dan Sabah.
SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)
Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah sehingga Sabtu, 15 Januari 2022.
SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)
I) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sarawak: Kapit, Bintulu dan Miri (Subis) sehingga Sabtu, 15 Januari 2022.
II) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah: Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat dalam tempoh Ahad, 16 Januari 2022 sehingga Selasa, 18 Januari 2022.
Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60mm dalam tempoh 6 jam. Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.
MetsMalaysia mengingatkan agar penduduk yang tinggal di kawasan yang mudah dinaiki air untuk sentiasa berwaspada sebarang kemungkinan yang boleh berlaku terutama banjir dan air naik.