More
    Home Sarawak Kuching JPBN dan JPBD diarah diaktifkan susulan amaran hujan berterusan tahap waspada di...

    JPBN dan JPBD diarah diaktifkan susulan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak bermula esok

    KUCHING, 09 JANUARI 2022 (SNN) : Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN/Daerah (JPBD) di Sarawak diaktifkan berikutan amaran hujan berterusan tahap waspada selama tiga hari di beberapa buah kawasan seperti yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada tengah hari Sabtu semalam.

    Menursi kenyataannya itu, NADMA meminta JPBN dan JPBD meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang mungkin berlaku terutamanya di kawasan berisiko tinggi.

    Selain itu, JPBN dan JPBD juga perlu memastikan setiap pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas serta Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian mencukupi serta berada dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan.

    Hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan Barat Sarawak bermula esok.

    Terdahulu, MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan pada tahap kuning dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau) bermula 11 hingga 13 Januari ini.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    - Advertisment -

    Must Read

    Hospital Gleneagles sediakan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia

    0
    KUCHING, 24 FEBRUARI 2025: Hospital Gleneagles bernilai RM400 juta yang menyediakan 200 katil akan menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia termasuklah prosedur pembedahan canggih kepada pesakit...