More
    Home Sarawak Kuching Kabinet Baharu Kerajaan Sarawak :Prof. Dato Sri Dr. Sim Hui Kian dilantik...

    Kabinet Baharu Kerajaan Sarawak :Prof. Dato Sri Dr. Sim Hui Kian dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak

    KUCHING, 30 DISEMBER 2021 (SNN) : Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Khamis mengumumkan senarai Kabinet baharu selepas Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang besar 76 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.

    Abang Johari sendiri menyandang Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi serta Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar.

    Professor Dato Seri Dr Sim Kui Hian yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kawah dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri bersama ADUN Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan ADUN Bukit Sari, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

    Nama Dr Sim disebut-sebut menjawat jawatan itu selepas parti SUPP menang 13 daripada 18 kerusi pada PRN12 sekali gus berjaya merampas lima kerusi majoriti masyarakat Cina daripada DAP.

    Dr Sim akan menggalas tanggungjawab Timbalan Ketua Menteri yang dikosongkan mendiang Tan Sri James Jemut Masing selain kekal memegang portfolio sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Datuk Len sifatkan pembinaan Jambatan Batang Rajang pemacu infrastruktur dan ekonomi...

    0
    SARIKEI, 28 APRIL 2025: Pembangunan Jambatan Batang Rajang disifatkan sebagai pemangkin utama dalam merancakkan jaringan perhubungan dan ekonomi di Bahagian Tengah yang merangkumi Sarikei,...