More
    Home Sarawak Bintulu Pemandu maut, kereta rempuh pokok di Bintulu

    Pemandu maut, kereta rempuh pokok di Bintulu

    BINTULU, 26 DISEMBER 2021 (SNN) :Seorang pemuda maut dalam nahas jalan raya selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum merempuh sebatang pokok berhampiran Kidurong Club, dekat sini malam tadi.

    Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerusi kenyataan berkata, mangsa yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadiaan dikenali sebagai Jostine Endy Minggu berumur 22 tahun.

    “Bomba menerima laporan berhubung kemalangan tersebut sekitar jam 9.15 malam (Sabtu). Komander operasi yang tiba di lokasi melaporkan kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta berwarna biru, telah melanggar sebatang pokok,” katanya.

    mayat mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba

    Dalam kemalangan itu, katanya seorang mangsa tersepit ditempat duduk penumpang. Bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan penyelamatan.

    Jelas Bomba, mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kemalangan. Mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...